masa kini

Followers

Saturday, July 6, 2013

RAMADHAN YANG PALING SEDIH

Asalamualaikum semua,untuk entry kali ni aku nak bercerita tentang ramadhan yang paling menyedihkan aku so memang nak dekat dekat nak ramadhan ni kan aku kasi korang sedar sikit.hehehhehe  iaitu pada tahun lepas tahun 2012,ramadhan pada tahun tu aku sambut di asrama di kolej aku.

Aku nak bercerita ni korang baca baik-baik yer,Sepatutnya pada ramadhan pertama semua pelajar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing tapi bagi aku dan kawan aku Aizat kteorang planning taknak balik rumah katenyer nak rasa macam mana sambut ramadhan dekat hostel,lagi pulak masa tu tinggal lagi seminggu nak exam,kteorang fikir tknaklah membazirkan waktu dekat rumah nak baca buku.

Then,mase petang sebelum puasa pertama bermula,semua pelajar balik ke rumah masing-masing ,so kteorang tengok semua balik salam-salam dengan member yang balik suruh diorang belikan kurma dan ade yang siap menganjing kteorang sebab tak balik rumah,ingatkan ramai yang tak balik tetapi sebaliknya masa awal tu tak rasa ape-ape tau,then bile tengok hostel tu dah kosong takde orang kteorang sambil pandang sesama sendiri,termenung sekejap dan aku nampak dalam mata kawan aku yang die nampak sedih,memang die tak tunjukkan  tapi sebenarnya memang.

Jadi tanpa melengahkan masa aku dangan kawan aku naik ke bilik kteorang buat macam biase kemas bilik,baca buku sangat dan buat semua perkara yang berfaedah,keesokan harinya adalah ramadhan pertama kteorang plan macam-macam untuk sahur tapi at last bile bangun waktu subuh hanya sempat makan roti kosong dengan air kosong jer beb! sedih giler time tu! memang rase nak nangis tapi tahan je,sebab  tengah mamai ..huhuuhuhuh.

Pada waktu siang kteorang buat macam biase je,duduk dalam bilik tengok movie dekat laptop,sebab tak boleh nak buat apa-apa,nak main dekat padang nak main dengan siape.syaitan? hahaahha,takde orang time tu memang takde pointlah.Then bile nak dekat dengan maghrib tibe masenye untuk buke puase,kteorang turun lambat dari bilik ke cafe,sebab tak tahan lapar,kuar lambat lambat sikit lah tapi bile sampai je dekat cafe tengok makanan semua dah habis tinggal sisa je,padahal tinggal lagi 10 minit je kot nak buke puase,masa tu memang aku rasa betul-betul nak nangis seriously air mata aku jatuh tapi aku tahan kasi tak jatuh,nasib baik pakcik cafe tu sempat masak kejap untuk kteorang yang tak dapat makanan ni,kteorang kne tunggu dalam 10 minit lepas buke puase untuk makan,memang kena sabar tahap gaban jerlah time tu,kteorang sempat minum air je masa buka puase,kurma takde ape pun takde.Memang terasa macam mana orang yang tak dapat makan kat palestin sane..hurmmmmmmm :(

Sampai puasa ke 3 barulah budak-budak ni balik ke asrama jadi kteorang rase lega sikit,sebab dah takde makanan habis dan macam-macam lagi.

Giler sedih bro!Tak pernah aku menyambut puase sebegitu rupa,memang menyedihkan dan tragis,tapi aku mabil tu sebagai satu pengalaman supaya dapat mematangkan aku untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan memberikan aku satu keinsafan untuk menyambut ramadhan pada tahun-tahun yang akan datang dengan lebih baik dari yang lepas.

Take a note ok!
Jangan cepat mengalah!
walau dimana kita berada ingatlah di mana asal usul kita dan jangan lupa diri.
wasalam :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...