masa kini

Followers

Wednesday, May 29, 2013

PERASAAN CINTA BUAT AQIM

Assalamuaalaikum semua! :)
           Alhamdulilah tiba-tiba jer idea datang macam turun dari langit dengan lajunya menghempap diri aku untuk aku mengongsikan cerita tentang perasaan cinta aku.Poyo jugak cakap pasal cinta ni kan,hehehehhe.
    Aku cuma nak kongsikan perasaan aku kenapa aku malas ataupun taknak bercouple bagi masa sekarang ini.
 Cehhhh! korang ingat aku nak bercerita pasal kisah cinta aku ke??hahahha.Bukan itu aku mahu ceritakan,buat dosa jer, nanti kalau aku cerita,pasti korang akan  terdorong nak bercouple,aku tidak mahu itu semua! sekali lagi aku ulang aku tidak mahu itu semua, aku tidak mahu adik-adik aku yang masih remaja terjerat dengan cinta nafsu, cinta yang tidak diredhai Allah,mampus aku yang dapat dosa kang! wawawawaw!
 Perghhh! ayat aku macam seorang pakar motivasi pulak dah.

           Berbalik pada tadi ya,kenapa aku taknak bercouple buat masa sekarang ini,
ada juga orang yang tanya aku macam ni        'kau tak laku ke Aqim?'   'kau tak hansome ke atau kau memilih?'  
           Poyonyer ayat korang cakap aku tak laku,tak handsome bagai! macam-macamlah, cantik mulut korang..HAHAHHAAH!!






                         Dalam kereta sempat berposing lagi,siape punye spect entah yang aku rembat tu!
                                             mampuihhhh!! kena marah kang.



          Tengoklah ni,handsome ke tidak abang Aqim kau ni..,hehehhe,gurau jerlah aku memang handsomelah tidak boleh disangkal lagi.                     Smart bukan Aqim!



                              Aku memang handsomekan..HAKHAKHAKHAK!,

               Sebenarnya aku bukannya taknak bercouple dalam usia yang masih mentah ni  tapi aku masih lagi waras untuk berfikir  sebelum aku bercouple ataupun mendirikan rumah tangga cewaahhhh!,aku kena mengejar cita-cita aku,satu benda je yang membuatkan aku kuat untuk menghadapi semua dugaan,aku ada keluarga,aku nak bagitau korang,aku bukannya dari keluarga yang senang-senang belaka,aku bertanggungjawab dengan keluarga aku,jadi sebelum aku bahagiakan bakal pasangan aku lebih baik aku bahagiakan ibubapa aku dan juga adik beradik aku,aku nak tengok ibubapa,adik beradik aku gembira yang sebelum ni aku tak pernah melihat mereka gembira sebegitu,itulah sebenarnya impian aku ataupun cita-cita aku,itulah benda yang pertama aku kena buat sebelum mengejar cita-cita lain.

.     Yelah ramai orang kata hidup single ni bosan tahap gaban,handfone tak pernah nak  berdering dan  memang orang kata sunyilah sangat!,tapi bagi aku takperlah biarlah hidup kita sunyi asalkan kita ada keluarga dari  darah daging kita sendiri dan juga sahabat yang sudah tentu menyayangi kita,mereka ni takde punye nak curang dengan kita pun kan??? betulll tak!
Tapi bila korang bercouple,korang kena jaga perasaan dia betul-betul,tak boleh curang dengan dia,sampai bila boleh bertahan? Bukan abang Aqim ni larang sangat tapi fikir-fikirkanlah membazir duit,siape yang bagi duit tu,kalau bukan parents kita.

           Pelajaran itu juga lebih penting,macam mana kita nak bahagiakan keluarga kita kalau kita tidak belajar bersungguh-sungguh,belajarlah sehingga ke negeri China belajarlah sehingga ke menara Gading!





  Korang nak tau ape yang aku nak buat untuk bahagia dan gembirakan keluarga aku,macam-macam bendalah aku nak buat seperti melancong ke luar negara,bagi rumah Banglo,bagi kereta Besar dan macam-macam lagilah,memang nampak macam angan-angan budak kecil tapi itulah sebenarnya aku nak buat.
 utnutk bahagiakan keluarga aku,jadi takderlah senarai couple-couple ni,buang masa sahaja!,baik fikir perkara yang lagi berfaedah.

           Bagi mereka yang masih belum mengenali aku memang diorang akan kategorikan aku seorang yang pendiam dan sedikit pemalu,tetapi perangai aku sebenarnya macam budak-budak walaupun usia semakin meningkat,sebegitupun diorang tak tau,aku suka menyendiri,juga seorang yang perahsia bagi aku disitulah sumber kekuatan aku untuk terus menghadapi cabaran, aku tak suka nak kongsikan masalah aku pada orang biarkan aku simpan masalah tu dalam diri, its confidential!



Bagi usia remaja sekarang ini janganlah kita nak fikirkan sangat tentang cinta dengan makwe atau pakwe ni,lebih baik kita fikirkan cinta kita kepada Allah,keluarga dan sahabat,cukup baikkan cinta kita kepada Allah,cukup maniskah cinta kita kepada Allah,baik kita fikir cinta itu sebelum kita memikirkan cinta duniawi ini. Cinta itu Universal! cinta itu bukan tertakluk antara lelaki dan perempuan.Fikirkalnlah!

'Mungkin kita boleh hidup tanpa seorang kekasih,
tetapi kita tidak boleh hidup tanpa seorang sahabat.'

Aku setuju dengan kata-kata tersebut,ia sangat menyentuh jiwa dan perasaan.



Penat abang aqim ni bercelotehkan,panjang sangat penat dah ni dah nak sesak nafas.
Kita sambung dilain hari ya!
ingat pesan abang adik-adik jangan nak sia-siakan kehidupan kita,bahagiakan keluarga kita sebab mereka pernah membahagiskan kita!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...