masa kini

Followers

Tuesday, December 24, 2013

WUJUDKAH DIA

Bila malam sunyi,bila siang senyap.

 Tidak semudah yang disangkakan kehidupan ini,banyak yang perlu dijalani dan banyak yang perlu ditempuhi untuk mengerti kehidupan yang sebenar,kehidupan seorang manusia yang sebetul betulnya.

Terkadang perasaan kecewa yang hadir didalam diri tidak mampu untuk di tipu dengan tangisan yang penuh kesayuan tanpa sesiapa pun yang dapat mengetahui apa tentang perasaan ini.
Perasan dendam,marah dan kecewa yang ada membuatkan rasa hati mahu menyepi dari semua yang ada di bumi ini ,biar ku ciptakan satu planet berada dihujung carekawala yang sangat jauh daripada manusia yang tidak mempunyai perasaan ,berhati batu  dan angkuh, hanya untuk orang seperti ini,menghabiskan sisa waktu kehidupan dengan kekecewaan,kegelapan dan kesesalan kehidupan yang lepas.




Kekuatan,tenaga dan segala semangat yang perlu diambil untuk kembali kepada asal memang amat menyukarkan.Seolah olah berada disebuah kota tetapi dengan dunia sendiri,termenung mencari jawapan yang tidak pasti,manusia disekitar dihiraukan tanpa  melihat.
Tiada perasaan lain yang dapat dirasakan melainkan rasa kecewa.
Maafkan atas semua kesilapan aku ,sudah semestinya aku hamba Allah yang banayk melakukan kesilapan tidak hebat.
Terima kasih dunia memberikan kehidupan ini dengan banyak sekali pengalaman.

Friday, December 13, 2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA SEMUA!

Aku baru nak upadte blog aku setelah lama aku tingglkan dunia blog ini,dah lama aku tak tengok pa yang jadi pada blog aku ni,macam tak percaya aku dah lama tak update blog.
Aku sibuk belajar korang,belajar di ukm ,memang terbaik sibuk giler bapak ni baru sem satu tak taulah macam mana nak hadapi sem sem yang akan datang..
hahaha..
UKM adalah universti penyelidikan.
Aku tak cerita pun dekat korang pun ape penglaman aku masuk universiti nikan..hahaha,sibuk memanjang..hahaha.. xsempatlh.
tapi satu je yang aku boleh katakan hidup di universiti ni,korang kena pandai berdikari pandai menguruskan masa kalau tidak hanyut korang ke lembah yang gelap..hahaa
Aku lagi sikit je nak termasuk ke lembah yang gelap kalau tak study..







 Ini gambar time orientasi dulu,ahhaha,3 bulan lepas punya gambar..
sorry guys,aku kena out dlu lah,bnayk kerja nak buat nak siapkan assigmnet bagai..haha
chow!
ad masa aku update lagi..
bye!!


Saturday, July 6, 2013

RAMADHAN YANG PALING SEDIH

Asalamualaikum semua,untuk entry kali ni aku nak bercerita tentang ramadhan yang paling menyedihkan aku so memang nak dekat dekat nak ramadhan ni kan aku kasi korang sedar sikit.hehehhehe  iaitu pada tahun lepas tahun 2012,ramadhan pada tahun tu aku sambut di asrama di kolej aku.

Aku nak bercerita ni korang baca baik-baik yer,Sepatutnya pada ramadhan pertama semua pelajar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing tapi bagi aku dan kawan aku Aizat kteorang planning taknak balik rumah katenyer nak rasa macam mana sambut ramadhan dekat hostel,lagi pulak masa tu tinggal lagi seminggu nak exam,kteorang fikir tknaklah membazirkan waktu dekat rumah nak baca buku.

Then,mase petang sebelum puasa pertama bermula,semua pelajar balik ke rumah masing-masing ,so kteorang tengok semua balik salam-salam dengan member yang balik suruh diorang belikan kurma dan ade yang siap menganjing kteorang sebab tak balik rumah,ingatkan ramai yang tak balik tetapi sebaliknya masa awal tu tak rasa ape-ape tau,then bile tengok hostel tu dah kosong takde orang kteorang sambil pandang sesama sendiri,termenung sekejap dan aku nampak dalam mata kawan aku yang die nampak sedih,memang die tak tunjukkan  tapi sebenarnya memang.

Jadi tanpa melengahkan masa aku dangan kawan aku naik ke bilik kteorang buat macam biase kemas bilik,baca buku sangat dan buat semua perkara yang berfaedah,keesokan harinya adalah ramadhan pertama kteorang plan macam-macam untuk sahur tapi at last bile bangun waktu subuh hanya sempat makan roti kosong dengan air kosong jer beb! sedih giler time tu! memang rase nak nangis tapi tahan je,sebab  tengah mamai ..huhuuhuhuh.

Pada waktu siang kteorang buat macam biase je,duduk dalam bilik tengok movie dekat laptop,sebab tak boleh nak buat apa-apa,nak main dekat padang nak main dengan siape.syaitan? hahaahha,takde orang time tu memang takde pointlah.Then bile nak dekat dengan maghrib tibe masenye untuk buke puase,kteorang turun lambat dari bilik ke cafe,sebab tak tahan lapar,kuar lambat lambat sikit lah tapi bile sampai je dekat cafe tengok makanan semua dah habis tinggal sisa je,padahal tinggal lagi 10 minit je kot nak buke puase,masa tu memang aku rasa betul-betul nak nangis seriously air mata aku jatuh tapi aku tahan kasi tak jatuh,nasib baik pakcik cafe tu sempat masak kejap untuk kteorang yang tak dapat makanan ni,kteorang kne tunggu dalam 10 minit lepas buke puase untuk makan,memang kena sabar tahap gaban jerlah time tu,kteorang sempat minum air je masa buka puase,kurma takde ape pun takde.Memang terasa macam mana orang yang tak dapat makan kat palestin sane..hurmmmmmmm :(

Sampai puasa ke 3 barulah budak-budak ni balik ke asrama jadi kteorang rase lega sikit,sebab dah takde makanan habis dan macam-macam lagi.

Giler sedih bro!Tak pernah aku menyambut puase sebegitu rupa,memang menyedihkan dan tragis,tapi aku mabil tu sebagai satu pengalaman supaya dapat mematangkan aku untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan memberikan aku satu keinsafan untuk menyambut ramadhan pada tahun-tahun yang akan datang dengan lebih baik dari yang lepas.

Take a note ok!
Jangan cepat mengalah!
walau dimana kita berada ingatlah di mana asal usul kita dan jangan lupa diri.
wasalam :)


Wednesday, May 29, 2013

PERASAAN CINTA BUAT AQIM

Assalamuaalaikum semua! :)
           Alhamdulilah tiba-tiba jer idea datang macam turun dari langit dengan lajunya menghempap diri aku untuk aku mengongsikan cerita tentang perasaan cinta aku.Poyo jugak cakap pasal cinta ni kan,hehehehhe.
    Aku cuma nak kongsikan perasaan aku kenapa aku malas ataupun taknak bercouple bagi masa sekarang ini.
 Cehhhh! korang ingat aku nak bercerita pasal kisah cinta aku ke??hahahha.Bukan itu aku mahu ceritakan,buat dosa jer, nanti kalau aku cerita,pasti korang akan  terdorong nak bercouple,aku tidak mahu itu semua! sekali lagi aku ulang aku tidak mahu itu semua, aku tidak mahu adik-adik aku yang masih remaja terjerat dengan cinta nafsu, cinta yang tidak diredhai Allah,mampus aku yang dapat dosa kang! wawawawaw!
 Perghhh! ayat aku macam seorang pakar motivasi pulak dah.

           Berbalik pada tadi ya,kenapa aku taknak bercouple buat masa sekarang ini,
ada juga orang yang tanya aku macam ni        'kau tak laku ke Aqim?'   'kau tak hansome ke atau kau memilih?'  
           Poyonyer ayat korang cakap aku tak laku,tak handsome bagai! macam-macamlah, cantik mulut korang..HAHAHHAAH!!






                         Dalam kereta sempat berposing lagi,siape punye spect entah yang aku rembat tu!
                                             mampuihhhh!! kena marah kang.



          Tengoklah ni,handsome ke tidak abang Aqim kau ni..,hehehhe,gurau jerlah aku memang handsomelah tidak boleh disangkal lagi.                     Smart bukan Aqim!



                              Aku memang handsomekan..HAKHAKHAKHAK!,

               Sebenarnya aku bukannya taknak bercouple dalam usia yang masih mentah ni  tapi aku masih lagi waras untuk berfikir  sebelum aku bercouple ataupun mendirikan rumah tangga cewaahhhh!,aku kena mengejar cita-cita aku,satu benda je yang membuatkan aku kuat untuk menghadapi semua dugaan,aku ada keluarga,aku nak bagitau korang,aku bukannya dari keluarga yang senang-senang belaka,aku bertanggungjawab dengan keluarga aku,jadi sebelum aku bahagiakan bakal pasangan aku lebih baik aku bahagiakan ibubapa aku dan juga adik beradik aku,aku nak tengok ibubapa,adik beradik aku gembira yang sebelum ni aku tak pernah melihat mereka gembira sebegitu,itulah sebenarnya impian aku ataupun cita-cita aku,itulah benda yang pertama aku kena buat sebelum mengejar cita-cita lain.

.     Yelah ramai orang kata hidup single ni bosan tahap gaban,handfone tak pernah nak  berdering dan  memang orang kata sunyilah sangat!,tapi bagi aku takperlah biarlah hidup kita sunyi asalkan kita ada keluarga dari  darah daging kita sendiri dan juga sahabat yang sudah tentu menyayangi kita,mereka ni takde punye nak curang dengan kita pun kan??? betulll tak!
Tapi bila korang bercouple,korang kena jaga perasaan dia betul-betul,tak boleh curang dengan dia,sampai bila boleh bertahan? Bukan abang Aqim ni larang sangat tapi fikir-fikirkanlah membazir duit,siape yang bagi duit tu,kalau bukan parents kita.

           Pelajaran itu juga lebih penting,macam mana kita nak bahagiakan keluarga kita kalau kita tidak belajar bersungguh-sungguh,belajarlah sehingga ke negeri China belajarlah sehingga ke menara Gading!





  Korang nak tau ape yang aku nak buat untuk bahagia dan gembirakan keluarga aku,macam-macam bendalah aku nak buat seperti melancong ke luar negara,bagi rumah Banglo,bagi kereta Besar dan macam-macam lagilah,memang nampak macam angan-angan budak kecil tapi itulah sebenarnya aku nak buat.
 utnutk bahagiakan keluarga aku,jadi takderlah senarai couple-couple ni,buang masa sahaja!,baik fikir perkara yang lagi berfaedah.

           Bagi mereka yang masih belum mengenali aku memang diorang akan kategorikan aku seorang yang pendiam dan sedikit pemalu,tetapi perangai aku sebenarnya macam budak-budak walaupun usia semakin meningkat,sebegitupun diorang tak tau,aku suka menyendiri,juga seorang yang perahsia bagi aku disitulah sumber kekuatan aku untuk terus menghadapi cabaran, aku tak suka nak kongsikan masalah aku pada orang biarkan aku simpan masalah tu dalam diri, its confidential!



Bagi usia remaja sekarang ini janganlah kita nak fikirkan sangat tentang cinta dengan makwe atau pakwe ni,lebih baik kita fikirkan cinta kita kepada Allah,keluarga dan sahabat,cukup baikkan cinta kita kepada Allah,cukup maniskah cinta kita kepada Allah,baik kita fikir cinta itu sebelum kita memikirkan cinta duniawi ini. Cinta itu Universal! cinta itu bukan tertakluk antara lelaki dan perempuan.Fikirkalnlah!

'Mungkin kita boleh hidup tanpa seorang kekasih,
tetapi kita tidak boleh hidup tanpa seorang sahabat.'

Aku setuju dengan kata-kata tersebut,ia sangat menyentuh jiwa dan perasaan.



Penat abang aqim ni bercelotehkan,panjang sangat penat dah ni dah nak sesak nafas.
Kita sambung dilain hari ya!
ingat pesan abang adik-adik jangan nak sia-siakan kehidupan kita,bahagiakan keluarga kita sebab mereka pernah membahagiskan kita!

Tuesday, May 28, 2013

BALIK KAMPUNG UNTUK KAHWIN


Assalamualaikum semua,macam poyo jerkan tajuk entry untuk kali ini BALIK KAMPUNG UNTUK KAHWIN! macam aku jer yang nak kahwin,umur still muda lagi nak kahwin apenyer..hahahahha!
Anyway,aku balik kampung sebab dua orang akak sepupu aku kahwin yang berlainan tempat di Kota Tinggi,dua orang sekali gus menjadikan aku salah seorang photographer yang tak bertauliah,hahahhah!
Walau sesibuk aku pun,menjadi seorang photographer aku sempat lagi buat entry baru ini untuk korang semua yang menunjukkan aku masih wujud lagi dalam dunia blogger ini.
Inilah semua hasil karya aku



    Perjalanana balik ke kampung pada waktu pagi memang menyeronokkan sekali bagi abang aqim tau! hakhakha.sempat bergambar dalam kereta lagi walaupun bangun pagi lambat,kelam kabut tahap gaban pagi tu,main sumbat je dalam beg je semua baju..hahahhaha!







     Waktu pagi sabtu kak umi maisarah aku bernikah dengan pasangannnya,begitu jelita seperti puteri yang cantik..hehehhe..kak umi nicelah kamu.








   

       Pada waktu lepas zohor pula,akak Assiah saya pula bernikah dengan pasangannnya bernama Adam,seorang mualaf,kak assiah memang cantik meletoplah!






Malam berinai dilakukan pada waktu malam meriah sungguh!




                         Gambar kteorang sekeluarga juga perlu diambil untuk dijadikan kenangan.. :)




















Gambar yang dekat atas ini semuanya acara kemuncak mereka iaitu acara perkahwinan yang sangat meriah bagi mereka,sangant sweet sangat padan dan sangat serasi bagi mereka,aku sebagai penulis belog ini mendoakkan akak-akak sepupu saya bahagia disamping suami tercinta :)






          Salam akhir untuk semua daripada pemilik belog yang awesome ini..hehehe,nampak tu muka dah penat sangat mata dah merah giler penat tambah dengan mengantuk sekali,selepas beberapa hari menjadi seorang photographer..

                              Kita jumpa lagi di episod yang lain pula ya!

Tuesday, May 14, 2013

SAHABAT

SAHABAT
       Aku nak kau tahu,kalau kau baca entry aku ini,yang pertama sekali aku nak cakap aku rindu sangat pada kau,kau selalu jadi yang terbaik dalam hidup aku,aku tak sanggup untuk melupakan kau,kau bukan kawan aku tetapi kaulah sahabat aku, macam keluarga aku sendiri, Kenapa kau pergi tinggalkan aku sendiri,kau tahu aku tak sanggupkan.

 Tapi jika ini perpisahan aku dengan kau,aku rela dan redha,mungkin ia mengambil masa untuk kembali sembuh tapi manusia boleh berubah macam tu juga aku.

 Mungkin suatu hari nanti,kalau kau melupakan aku dan aku tak penting dalam hidup kau dan begitu juga kau tak penting dalam hidup aku,kau kena tahu yang sayang aku pada kau tak pernah berubah dari dulu sampai bila-bila.

 Terima kasih sebab sanggup berkawan dengan aku,berkongsi susah senang  hidup kau dengan aku dan yang paling penting terima kasih kerana pernah terima aku dalam hidup kau selama ini.Yang penting aku hendak melihat kau bahagia,dapat mengejar segala cita-cita engkau,aku tahu apa semua cita-cita kau,aku tak nak engkau cepat mengalah dalam kehidupan ini,engkau kena kuatkan semangat menghadapi semua cabaran dan yang penting jangan lupa pada Agama,kalau ini kata-kata semangat aku yang terakhir pada engkau,engkau terimalah.

 Dalam hidup aku,aku tak pernah jumpa sahabat yang rapat dengan aku,berbual seperti adik beradik,menjaga aku seperti adik kau sendiri,terima keburukan dalam diri aku,inilah kali pertama dalam hidup aku,kerana aku susah untuk mempercayai orang sekeliling aku,sebab itu aku sangat menghargai engkau dalam hidup aku,aku tidak mahu engkau hilang dalam hidup aku sebenarnya,tapi jika itu takdirnya.
Pada semua yang mempunyai sahabat,janganlah melupakan mereka,kerana mereka semua tanpa kita sedari adalah sebahagian dari hidup kita.Hargailah mereka sebelum terlambat.

maafkan aku sahabat
biarlah semua yang terjadi ini menjadi misteri dunia
menjadi kenangan yang mematangkan kita.

1.40am  selasa
:(

Tuesday, May 7, 2013

PANTAS KILAT







           Asslamualaikum,semua blogger-blogger yang tidak jemu-jemu bertandang ke blog aku ini. Hari ini yang bertarikh 07/05/2013 merupakan tarikh yang membuka pintu hati aku untuk memaksa jari jemari bagi menaip entry terbaru ini,ada jugak rasa malas nak buat entry terbaru walaupun lama dah bercuti ni,tapi bila difikirkan balik,kenapa malaskan,aku dahlah ramai peminat,taknaklah hampakan harapan peminat semua..HAHAHAHAH! *Dalam mimpi saje ade peminat,realiti mampu ke ada?

 Macam mana pun kali ni aku sediakan korang sedikit foto yang membuatkan aku kagum dengan perjalanan hidup seorang fotografi,dalam blog aku ni,aku bukan sahaja meletakkan foto-foto yang menarik tetapi didalam setiap itu aku selitkan unsur-unsur yang memberi mesej positf yang mampu menaikkan semangat seseorang.





           Sekali lagi,aku sedih apabila keluar dari tempat belajar aku,setelah tamat pembelajaran,kesedihan tu yang membuatkan aku malas nak update ni,tapi sekarang dah berkurang.Semakin hari semakin meninggalkan semua kenangan yang hadir samada secara mimpi atau realiti,.Ya,mungkin serba sedikit ia dapat mematangkan kehidupan aku,siapa yang tak mengakukan malah jumpa kawan yang baru dapat menceriakan kehidupan kita mungkin yang sebelum ini tidak setanding sekarang.







               Dalam foto-foto yang aku pertontonkan,korang dapat lihat kegelapan yang diterangi cahaya yang berbagai-bagai rupabagi menerangi sesuatu tempat.Ya,aku tak perlu berputus asa untuk mencapai segala yang aku nak sebegitu juga korang.Mungkin ada orang kata ,yang lepas tu biarlah ia lepas membawa arus masa mengalir laju bak air yang mengalir tanpa berhenti.
PRU ke 13 juga membuat aku happy dan juga kadang-kadang sedih,tapi itu semua dah berlalu beberapa hari lepas,taknak ungkapkan lagi.







Maafkan aku jika ada perlakuan yang salah aku lakukan,maaf juga jika tulisan aku seperti kurun ke 15.HAHA.
Kita jumpa pada lain hari,jangan nakal-nakal ya! ;)

Monday, February 11, 2013

RUMAH BERHANTU!


  Blogger blogger yang menfollow aku,entry kali ni aku tak akan kecewakan korang sebab aku akan bercerita panjang, kepada JIEYAH & ZULAIKA aku akan bercerite panjang ye,x syokkan kalau bercerita pendek je kan..hahhaahhah!!! rajin pulak aku ni kan... :)

  Hari ni aku nak bercerita sikit tentang rumah hantu yang amat menakutkan dekat JB.Bukan rumah hantu yang ade dekat dekat fun fair tu  yang tak real tapi rumah hantu yang real punye dekat jalan street area DANGA BAY. VILLA NABILA ler korang,siape yang tak tahu tentang sejarah yang ngeri berlaku pasal villa nabila   tu memanglah rugi sangat tau! Nak dependekkan cerita aku taknaklah cerita panjang sangat Nabila ni kena bunuh dekat villa die tu dan orang yang bunuh die tu semen die dekat dinding dengan kejam sekali,so memang ngeri lar,peristiwa ni dah lama berlaku,pihak polis jumpe mayat die,tapi yang peliknye rumah tu kenapa tak dirobohkan ekh.??soalan yang menjadi tanda tanya kepada diri aku sendiri dan ramai pihak,sehingga villa tu memang dah nampak sangat maam berhantu dengan semak samun macam tu.

  Aku bukan nak cerita pasal villa tu tapi aku nak cerita rumah kosong yang berhantu jugak dekat atas villa nabila tu,aku dapat idea nak pergi rumah tu pun sebab dah terlanjur berjalan dekat Danga bay,so aku pergi rumah tu dalam pukul area maghrib macam tu,pada mulanya aku rase membuak buak jugak nak pergi rumah tu sebab tak pernah pergikan,aku dengan member naik motor,mase dalam perjalan nak pergi tu,jalan street tu memang sunyi sepi giler,dengan hari semakin senja nampak sangat misteri,tapi aku nak jugak pergi dengan membawa camera DSLR.


              picisan gambar rumah tersebut yang sempat kteorang shoot.








   Bile dah sampai dekat rumah tu,apa lagi keteorang masuk dengan pantasnya dan tanpa lengah mase apa lagi keteorang snap2lah takde kerja katenyekan,memang takde sesiape pun mase tu jalan sunyi tepi tepi hutan kena beranilah nak masuk tu,kteorang sampai memang dah senja dah gelap,after kteorang shoot shoot tu hati dan perasaan keteorang sah rase lain macam sangat dah meremang bulu romajugak,adalah jugak dalm 15 minit keteorang dekat situ.Dekat dengan rumah tu ade sebuah pokok besar yang nampak macam berpuaka jugak,aku snap pokok tu,tapi aku nampak something yang buat aku rasa meremang terus,so aku dengan member aku terus balik dengan pantasnye,memang rase lain macam sangatlah,member aku pun dah rase lain macam,memang kterorang tak ade tegurlah ape ape,terus je jalan ke tempat ketorang datang tadi,dengar cerita rumah tu rumah doktor,tapi ditinggalkan.






Jadi sebenarnya aku tak puas lagi nak pergi,insyaallah kalau ade masa aku kan pergi lagi merungkai misteri yang belum terjawab.!

Jumpa lagi di slot yang lain!
#nak tidur dah nie..ngeee

Saturday, February 9, 2013

JOM IMBAS KENANGAN


     Ape kenangan korang masa tahun 2012.Mesti banyak kenangan yang manis dan juga pahit kan..kita flashback balik ape yang korang pernah buat.

      Bagi aku tahun 2012 merupakan tahun yang memberi perubahan besar terhadap diri aku supaya lebih berdikari terhadap diri sendiri,sebab time tu lah aku berkerja mencari rezeki yang halal dengan penat lelah sendiri kerja dari pukul 10 pagi sampai 10 malam,bayangkan 12 jam sehari 6 hari dalam seminggu.,penat wooyyhh! kerja ni tapi puas bile kite dapat gaji tu,biaselah budak lepas sekolah kan,macam-macam nak belikan,tulah inilah..antara barang yang aku beli baju seluar yang branded,hanphone baru dan juga gadjet lain camera DSLR.,  Yoohhooo! dapat jugak semua tu,

      Tapi ape yang lebih penting aku juga dapat menyambungkan pelajaran aku selepas habis SPM belajar selama 2 tahun di SMT JOHOR BAHRU,so aku sekarang nak belajar rajin rajin sebab aku merasakan tahun 2011 merupakan tahun yang paling teruk bagi aku paling worst!!Aku semakin mengejar apa yang aku nak dalam hidup dan dalam kerjaya aku..
INSYAALLAH semua yang aku nak akan aku genggam dengan baik sekali :)





 

TENTANG PERASAAN!


ASSLAMMUALAIKUM semua!!
Hahhhh,tajuk entry kali pun dah macam jiwang sangatkannz,tapi memang betul pun untuk kali ini aqim nak luahkan sedikit perasaan yang tak pernah diluahkan kepada sesiapa pun,so sesiape yang baca ni kira beruntunglah sangat.! hehehehhe :p .Aku bagi guarante sesiapa yang baca entry ini dia akan sedih dan seterusnya akan mengalirkan air mata,jadi sediakan tisu disebelah ok!..hakahhaaha!

   Sudah sudah,sekarang aqim akan start serius untuk meluahkan perasaan.ok macam mana nak start.ya,sebenarnya  dalam beberapa bulan ni aqimkan belajar di luar daerah johor bahru,apabila cuti2 yang memerlukan aku  balik ke JB ,aku feeling something yang aku pun tak tau,rase  sebak,rindu tak sabar semua tu ade bila aku nampak je TOL SKUDAI and after that LARKIN.Seolah olah hati ni menjadi bebas dan luas.I admit that JB is my world,everything is happen here, merempit shopping dan macam-macam lagi.Maybe sebelum aku tinggalkan JB aku tak sempat nak jumpe kawan-kawan especially one bff aku.Aku rasa kecewa sebab tak sempat nak jumpe die

   Dia mengajar erti berdikari,eti kematangan dalam diri aku,mungkin selama ini aku tak nampak tapi bila aku lama tak berjumpa dengan dia ,aku perasan semua itu dan yang paling penting dia tak pernah marah walaupun aku buat dia marah,dia kata buat ape dia marah orang kalau benda yang nak dimarah tu remeh temeh,dont have any point.Keteorang memang nakal kalau berdua,memang nakal tahap gaban yang melampau.

aku memang sayang kat die,walaupun aku balik JB,aku tak sempat nak jumpe die sebab die sibuk dengan belajar dengan kerja.But everything its ok,aku cume taknak paksa die,sebab paksa bukanlah satu  cara yang baik tetapi akan menjauhkan lagi hubungan sahabat tersebut kerana aqim pernah merasa bagaimana rasa apabila orang lain paksa untuk melakukan perkara yang aku tak suka,automatic kita akan menjauhi orang tersebut kerana perasaan akan menajdi marah dan geram.

  Aku cuma berharap dia takkan melupakan aku bila dah berjaya,sebab aku sayang dan rindu dekat die.




       Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberi bantuan, lalu dia suka menerima dengan rasa terharu, jika dia melihat keistimewaan yang timbul dari dirimu, dia suka menghitung hitung dan dianggapnya sangat berguna. Sedang jikalau dia mengetahui keburukan dari dirimu lalu dia suka menutupinya Pilihlah sahabat yang jika engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti dia memberi, jika engkau diam dia mula menyapamu dahulu dan jika engkau ada sesuatu kesukaran serta kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu untuk meringankan dan menghiburkan dirimu. Pilihlah seorang sahabat yang jikalau engkau berkata kata, dia suka membenarkan ucapanmu dan bukan selalu mempercayainya sahaja, jika engkau mengusahakan satu soalan yang berat, dia suka berkawan denganmu serta berusaha menolongmu, sedang jika engkau berselisih dengannya, dia suka sekali mengalah untuk k e p e n t i n g a n m u.


"Temanmu yang sebenarnya ialah orang yang ada bersamamu
dan orang yang menyusahkan dirinya
supaya ia bermanfaat kepadamu...

Di waktu membimbangkan, 
ia berkata terus terang kepadamu...
dia pecah berantakan..
supaya kamu terkumpul selalu...."

-Saidina Ali-

:) jangan cepat mengalah





                                  Salam dari penulis :)

Friday, January 11, 2013

TERBELIAKKK

Hai semua!! ape ape pun thanks sebab stay tunes dengan blog aku yang tak seberapa ni..
Sebenarnya aku update blog ni guna broadband roomates aku,die tak tau aku pnjam broadband die nak update blog ni..hakhakhakha!! kemaruk sangat nak update blog yang tak berapa nak elok ni.
Serioulsy kemaruk doe nak update blog ,tapi tak tau nak update blog pasal ape ni,dah tak ade idea nak cerita pasal ape dah..ish.ish.ishhhhhh..
hahahhaahakkhaha!!!!!!
kepada arin yang nak baca blog aku aku mintak maaf sebab tak ada idea nak tulis pasal ape,cume aku nak bagitau aku akan buat entry pasal kau orang paling vogue dekat kolej matrik jb... :) jangan takut ok....
kepada semua jangan takut aku akan update blog tapi buat masa sekarang aku update blog gune orang punye takut-takut kalau die marah...maaf ye roomate :0 senyum sikit...

ape-apehal kontak aku tak..

kepada BFF aku.
jangan cepat mengalah tau!! buat yang luar biasa dalam kehidupan kau. jangan fikir ape orang kate.. :)
aku rindu dekat kau..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...