masa kini

Followers

Tuesday, May 14, 2013

SAHABAT

SAHABAT
       Aku nak kau tahu,kalau kau baca entry aku ini,yang pertama sekali aku nak cakap aku rindu sangat pada kau,kau selalu jadi yang terbaik dalam hidup aku,aku tak sanggup untuk melupakan kau,kau bukan kawan aku tetapi kaulah sahabat aku, macam keluarga aku sendiri, Kenapa kau pergi tinggalkan aku sendiri,kau tahu aku tak sanggupkan.

 Tapi jika ini perpisahan aku dengan kau,aku rela dan redha,mungkin ia mengambil masa untuk kembali sembuh tapi manusia boleh berubah macam tu juga aku.

 Mungkin suatu hari nanti,kalau kau melupakan aku dan aku tak penting dalam hidup kau dan begitu juga kau tak penting dalam hidup aku,kau kena tahu yang sayang aku pada kau tak pernah berubah dari dulu sampai bila-bila.

 Terima kasih sebab sanggup berkawan dengan aku,berkongsi susah senang  hidup kau dengan aku dan yang paling penting terima kasih kerana pernah terima aku dalam hidup kau selama ini.Yang penting aku hendak melihat kau bahagia,dapat mengejar segala cita-cita engkau,aku tahu apa semua cita-cita kau,aku tak nak engkau cepat mengalah dalam kehidupan ini,engkau kena kuatkan semangat menghadapi semua cabaran dan yang penting jangan lupa pada Agama,kalau ini kata-kata semangat aku yang terakhir pada engkau,engkau terimalah.

 Dalam hidup aku,aku tak pernah jumpa sahabat yang rapat dengan aku,berbual seperti adik beradik,menjaga aku seperti adik kau sendiri,terima keburukan dalam diri aku,inilah kali pertama dalam hidup aku,kerana aku susah untuk mempercayai orang sekeliling aku,sebab itu aku sangat menghargai engkau dalam hidup aku,aku tidak mahu engkau hilang dalam hidup aku sebenarnya,tapi jika itu takdirnya.
Pada semua yang mempunyai sahabat,janganlah melupakan mereka,kerana mereka semua tanpa kita sedari adalah sebahagian dari hidup kita.Hargailah mereka sebelum terlambat.

maafkan aku sahabat
biarlah semua yang terjadi ini menjadi misteri dunia
menjadi kenangan yang mematangkan kita.

1.40am  selasa
:(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...