masa kini

Followers

Wednesday, May 29, 2013

PERASAAN CINTA BUAT AQIM

Assalamuaalaikum semua! :)
           Alhamdulilah tiba-tiba jer idea datang macam turun dari langit dengan lajunya menghempap diri aku untuk aku mengongsikan cerita tentang perasaan cinta aku.Poyo jugak cakap pasal cinta ni kan,hehehehhe.
    Aku cuma nak kongsikan perasaan aku kenapa aku malas ataupun taknak bercouple bagi masa sekarang ini.
 Cehhhh! korang ingat aku nak bercerita pasal kisah cinta aku ke??hahahha.Bukan itu aku mahu ceritakan,buat dosa jer, nanti kalau aku cerita,pasti korang akan  terdorong nak bercouple,aku tidak mahu itu semua! sekali lagi aku ulang aku tidak mahu itu semua, aku tidak mahu adik-adik aku yang masih remaja terjerat dengan cinta nafsu, cinta yang tidak diredhai Allah,mampus aku yang dapat dosa kang! wawawawaw!
 Perghhh! ayat aku macam seorang pakar motivasi pulak dah.

           Berbalik pada tadi ya,kenapa aku taknak bercouple buat masa sekarang ini,
ada juga orang yang tanya aku macam ni        'kau tak laku ke Aqim?'   'kau tak hansome ke atau kau memilih?'  
           Poyonyer ayat korang cakap aku tak laku,tak handsome bagai! macam-macamlah, cantik mulut korang..HAHAHHAAH!!






                         Dalam kereta sempat berposing lagi,siape punye spect entah yang aku rembat tu!
                                             mampuihhhh!! kena marah kang.



          Tengoklah ni,handsome ke tidak abang Aqim kau ni..,hehehhe,gurau jerlah aku memang handsomelah tidak boleh disangkal lagi.                     Smart bukan Aqim!



                              Aku memang handsomekan..HAKHAKHAKHAK!,

               Sebenarnya aku bukannya taknak bercouple dalam usia yang masih mentah ni  tapi aku masih lagi waras untuk berfikir  sebelum aku bercouple ataupun mendirikan rumah tangga cewaahhhh!,aku kena mengejar cita-cita aku,satu benda je yang membuatkan aku kuat untuk menghadapi semua dugaan,aku ada keluarga,aku nak bagitau korang,aku bukannya dari keluarga yang senang-senang belaka,aku bertanggungjawab dengan keluarga aku,jadi sebelum aku bahagiakan bakal pasangan aku lebih baik aku bahagiakan ibubapa aku dan juga adik beradik aku,aku nak tengok ibubapa,adik beradik aku gembira yang sebelum ni aku tak pernah melihat mereka gembira sebegitu,itulah sebenarnya impian aku ataupun cita-cita aku,itulah benda yang pertama aku kena buat sebelum mengejar cita-cita lain.

.     Yelah ramai orang kata hidup single ni bosan tahap gaban,handfone tak pernah nak  berdering dan  memang orang kata sunyilah sangat!,tapi bagi aku takperlah biarlah hidup kita sunyi asalkan kita ada keluarga dari  darah daging kita sendiri dan juga sahabat yang sudah tentu menyayangi kita,mereka ni takde punye nak curang dengan kita pun kan??? betulll tak!
Tapi bila korang bercouple,korang kena jaga perasaan dia betul-betul,tak boleh curang dengan dia,sampai bila boleh bertahan? Bukan abang Aqim ni larang sangat tapi fikir-fikirkanlah membazir duit,siape yang bagi duit tu,kalau bukan parents kita.

           Pelajaran itu juga lebih penting,macam mana kita nak bahagiakan keluarga kita kalau kita tidak belajar bersungguh-sungguh,belajarlah sehingga ke negeri China belajarlah sehingga ke menara Gading!





  Korang nak tau ape yang aku nak buat untuk bahagia dan gembirakan keluarga aku,macam-macam bendalah aku nak buat seperti melancong ke luar negara,bagi rumah Banglo,bagi kereta Besar dan macam-macam lagilah,memang nampak macam angan-angan budak kecil tapi itulah sebenarnya aku nak buat.
 utnutk bahagiakan keluarga aku,jadi takderlah senarai couple-couple ni,buang masa sahaja!,baik fikir perkara yang lagi berfaedah.

           Bagi mereka yang masih belum mengenali aku memang diorang akan kategorikan aku seorang yang pendiam dan sedikit pemalu,tetapi perangai aku sebenarnya macam budak-budak walaupun usia semakin meningkat,sebegitupun diorang tak tau,aku suka menyendiri,juga seorang yang perahsia bagi aku disitulah sumber kekuatan aku untuk terus menghadapi cabaran, aku tak suka nak kongsikan masalah aku pada orang biarkan aku simpan masalah tu dalam diri, its confidential!



Bagi usia remaja sekarang ini janganlah kita nak fikirkan sangat tentang cinta dengan makwe atau pakwe ni,lebih baik kita fikirkan cinta kita kepada Allah,keluarga dan sahabat,cukup baikkan cinta kita kepada Allah,cukup maniskah cinta kita kepada Allah,baik kita fikir cinta itu sebelum kita memikirkan cinta duniawi ini. Cinta itu Universal! cinta itu bukan tertakluk antara lelaki dan perempuan.Fikirkalnlah!

'Mungkin kita boleh hidup tanpa seorang kekasih,
tetapi kita tidak boleh hidup tanpa seorang sahabat.'

Aku setuju dengan kata-kata tersebut,ia sangat menyentuh jiwa dan perasaan.



Penat abang aqim ni bercelotehkan,panjang sangat penat dah ni dah nak sesak nafas.
Kita sambung dilain hari ya!
ingat pesan abang adik-adik jangan nak sia-siakan kehidupan kita,bahagiakan keluarga kita sebab mereka pernah membahagiskan kita!

Tuesday, May 28, 2013

BALIK KAMPUNG UNTUK KAHWIN


Assalamualaikum semua,macam poyo jerkan tajuk entry untuk kali ini BALIK KAMPUNG UNTUK KAHWIN! macam aku jer yang nak kahwin,umur still muda lagi nak kahwin apenyer..hahahahha!
Anyway,aku balik kampung sebab dua orang akak sepupu aku kahwin yang berlainan tempat di Kota Tinggi,dua orang sekali gus menjadikan aku salah seorang photographer yang tak bertauliah,hahahhah!
Walau sesibuk aku pun,menjadi seorang photographer aku sempat lagi buat entry baru ini untuk korang semua yang menunjukkan aku masih wujud lagi dalam dunia blogger ini.
Inilah semua hasil karya aku



    Perjalanana balik ke kampung pada waktu pagi memang menyeronokkan sekali bagi abang aqim tau! hakhakha.sempat bergambar dalam kereta lagi walaupun bangun pagi lambat,kelam kabut tahap gaban pagi tu,main sumbat je dalam beg je semua baju..hahahhaha!







     Waktu pagi sabtu kak umi maisarah aku bernikah dengan pasangannnya,begitu jelita seperti puteri yang cantik..hehehhe..kak umi nicelah kamu.








   

       Pada waktu lepas zohor pula,akak Assiah saya pula bernikah dengan pasangannnya bernama Adam,seorang mualaf,kak assiah memang cantik meletoplah!






Malam berinai dilakukan pada waktu malam meriah sungguh!




                         Gambar kteorang sekeluarga juga perlu diambil untuk dijadikan kenangan.. :)




















Gambar yang dekat atas ini semuanya acara kemuncak mereka iaitu acara perkahwinan yang sangat meriah bagi mereka,sangant sweet sangat padan dan sangat serasi bagi mereka,aku sebagai penulis belog ini mendoakkan akak-akak sepupu saya bahagia disamping suami tercinta :)






          Salam akhir untuk semua daripada pemilik belog yang awesome ini..hehehe,nampak tu muka dah penat sangat mata dah merah giler penat tambah dengan mengantuk sekali,selepas beberapa hari menjadi seorang photographer..

                              Kita jumpa lagi di episod yang lain pula ya!

Tuesday, May 14, 2013

SAHABAT

SAHABAT
       Aku nak kau tahu,kalau kau baca entry aku ini,yang pertama sekali aku nak cakap aku rindu sangat pada kau,kau selalu jadi yang terbaik dalam hidup aku,aku tak sanggup untuk melupakan kau,kau bukan kawan aku tetapi kaulah sahabat aku, macam keluarga aku sendiri, Kenapa kau pergi tinggalkan aku sendiri,kau tahu aku tak sanggupkan.

 Tapi jika ini perpisahan aku dengan kau,aku rela dan redha,mungkin ia mengambil masa untuk kembali sembuh tapi manusia boleh berubah macam tu juga aku.

 Mungkin suatu hari nanti,kalau kau melupakan aku dan aku tak penting dalam hidup kau dan begitu juga kau tak penting dalam hidup aku,kau kena tahu yang sayang aku pada kau tak pernah berubah dari dulu sampai bila-bila.

 Terima kasih sebab sanggup berkawan dengan aku,berkongsi susah senang  hidup kau dengan aku dan yang paling penting terima kasih kerana pernah terima aku dalam hidup kau selama ini.Yang penting aku hendak melihat kau bahagia,dapat mengejar segala cita-cita engkau,aku tahu apa semua cita-cita kau,aku tak nak engkau cepat mengalah dalam kehidupan ini,engkau kena kuatkan semangat menghadapi semua cabaran dan yang penting jangan lupa pada Agama,kalau ini kata-kata semangat aku yang terakhir pada engkau,engkau terimalah.

 Dalam hidup aku,aku tak pernah jumpa sahabat yang rapat dengan aku,berbual seperti adik beradik,menjaga aku seperti adik kau sendiri,terima keburukan dalam diri aku,inilah kali pertama dalam hidup aku,kerana aku susah untuk mempercayai orang sekeliling aku,sebab itu aku sangat menghargai engkau dalam hidup aku,aku tidak mahu engkau hilang dalam hidup aku sebenarnya,tapi jika itu takdirnya.
Pada semua yang mempunyai sahabat,janganlah melupakan mereka,kerana mereka semua tanpa kita sedari adalah sebahagian dari hidup kita.Hargailah mereka sebelum terlambat.

maafkan aku sahabat
biarlah semua yang terjadi ini menjadi misteri dunia
menjadi kenangan yang mematangkan kita.

1.40am  selasa
:(

Tuesday, May 7, 2013

PANTAS KILAT







           Asslamualaikum,semua blogger-blogger yang tidak jemu-jemu bertandang ke blog aku ini. Hari ini yang bertarikh 07/05/2013 merupakan tarikh yang membuka pintu hati aku untuk memaksa jari jemari bagi menaip entry terbaru ini,ada jugak rasa malas nak buat entry terbaru walaupun lama dah bercuti ni,tapi bila difikirkan balik,kenapa malaskan,aku dahlah ramai peminat,taknaklah hampakan harapan peminat semua..HAHAHAHAH! *Dalam mimpi saje ade peminat,realiti mampu ke ada?

 Macam mana pun kali ni aku sediakan korang sedikit foto yang membuatkan aku kagum dengan perjalanan hidup seorang fotografi,dalam blog aku ni,aku bukan sahaja meletakkan foto-foto yang menarik tetapi didalam setiap itu aku selitkan unsur-unsur yang memberi mesej positf yang mampu menaikkan semangat seseorang.





           Sekali lagi,aku sedih apabila keluar dari tempat belajar aku,setelah tamat pembelajaran,kesedihan tu yang membuatkan aku malas nak update ni,tapi sekarang dah berkurang.Semakin hari semakin meninggalkan semua kenangan yang hadir samada secara mimpi atau realiti,.Ya,mungkin serba sedikit ia dapat mematangkan kehidupan aku,siapa yang tak mengakukan malah jumpa kawan yang baru dapat menceriakan kehidupan kita mungkin yang sebelum ini tidak setanding sekarang.







               Dalam foto-foto yang aku pertontonkan,korang dapat lihat kegelapan yang diterangi cahaya yang berbagai-bagai rupabagi menerangi sesuatu tempat.Ya,aku tak perlu berputus asa untuk mencapai segala yang aku nak sebegitu juga korang.Mungkin ada orang kata ,yang lepas tu biarlah ia lepas membawa arus masa mengalir laju bak air yang mengalir tanpa berhenti.
PRU ke 13 juga membuat aku happy dan juga kadang-kadang sedih,tapi itu semua dah berlalu beberapa hari lepas,taknak ungkapkan lagi.







Maafkan aku jika ada perlakuan yang salah aku lakukan,maaf juga jika tulisan aku seperti kurun ke 15.HAHA.
Kita jumpa pada lain hari,jangan nakal-nakal ya! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...