masa kini

Followers

Saturday, May 24, 2014

BUKAN TEMPAT AKU


       Kisah aku sudah bermula semenjak aku masuk ke sini,UKM.Aku mungkin sudah menyusahkan ramai pihak semenjak aku masuk ke sini.Tiada ucapan selain terima kasih kepada yang menolong aku.
Daripada Statistik kepada Biokimia,pusingan 180 darjah yang aku buat dan aku yakin pada saat itu ia tidak memberi sebarang penyesalan kepada diri aku untuk meneruskan pendidikan menjadi insan yang berguna.
Satu permulaan yang sangat baik ketika itu,tiada yang cacat cela daripada itu.Aku memulakan langkah yang sangat baik ketika itu,sehingga  pada pertengahannya aku tersunggkur jatuh  dan sangat perit untuk aku bangun semula kembali kepada yang asal.

         Mungkin orang lain tidak mampu melihat disebalik diri aku ini,disebalik senyuman yang memberi kegembiraan kepada rakan-rakan,disebalik gurauan yang memberi gelak tawa rakan-rakan,aku tidak mampu untuk menunjukkan perasaan itu kepada rakan-rakan aku sendiri,aku tak sanggup untuk itu.Biar aku nampak fake didepan mereka.Maafkan aku untuk itu kawan.Aku tidak boleh untuk menunjukkan semua rase kesdihan,kekecewaan yang aku hadapi,aku tidak mahu nampak kelemahan aku itu pada orang lain walaupun pernah hampir-hampir untuk aku menitiskan air mata didepan kalian,bila didepan kalian aku berasa sangat gembira,hilang sebentar rasa kecewa,kesedihan dan semua.

           Banyak sebab yang membuatkan aku kecewa,sedih dan tak perlulah aku ungkapkan satu persatu,ada juga sampai satu tahap aku membenci pada kos aku sendiri dan  pada orang-orangnya juga yang aku benci,ada juga orang yang aku sayang membuatkan aku sakit,tetapi tiada sorang pun yang tahu,saat kebencian itu membuatkan aku terdetik menukar lagi satu pusingan darjah kepada 360 darjah untuk menukar kursus.

         Sehingga sekarang aku tidak mampu untuk menghadapi semua ini dengan baik,masalah yang timbul membuatkan aku membenci kepada mereka.Rendah diri,tidak bersemangat itu semua memang benar benar terjadi dalm diri aku.Menangis sepuas-puasnya,dan merenung apa yang terjadi aku lakukan didalam bilik sendiri,tiada siapa yang ketahui melainkan Dia.Menangis perkara biasa,termenung di depan ktm selama berjam-jam tak tau untuk tujuan apa,berjalan berseorangan,itu sebenar aku.

          Aku sedar siapa diri aku,aku sedar dari mana asal aku,aku banyak menyusahkan.Maafkan aku,aku akan menjadi siapa aku yang dulu yang penuh dengan misteri.Aku takkan jadi siapa yang aku sekarang.
Biar aku bersendirian unutk apa yang aku dapatkan.

     Maafkan aku kawan jika aku pernah melukakan hati kalian semua,pernah mengguriskan hati kalian semua,menyusahkan kalian semua,sampai sekarang hati aku yang sakit tidak pernha terubat untuk segala kesakitan yang aku rasa.



maafkan aku kawan :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...