masa kini

Followers

Friday, June 6, 2014

IJAZAH SARJANAMUDA BIOKIMIA KEPUJIAN





IJAZAH SARJANA MUDA BIOKIMIA DENGAN KEPUJIAN DI UKM 
Satu nama atau satu kos yang sangat gah bagi sesiapa yang melihatnya,bagi yang mendengarnya.Bagi aku...hurmm..entahlah rasa terseksa pun ada jugak belajar kos yang susah macam ni,rasa macam nak hentak kepala llaju laju dekat dinding sebab susah doe,tapi aku rasa bersyukur jugaklah dapat kos yang aku nak walaupun ada yang lain tapi takperlah,aku move on kos yang sekarang ni,kalaulah aku takde kawan-kawan yang aku ada sekarang yang sama kos dengan aku memang dah lama aku lingkup habis tutup kedai..HAHAHA!!.Kalau nak cerita setiap seorang perangai masing masing esok pagilah aku post.Secara roughly semua kawan kawan sama kos dengan aku,kelihatan sangat baik,memang jawapan cliche giler,semua ade perangai masing masing dan tidak boleh dinafikan ade yang perangai baik dan ada yang perangai buruk,tetapi semua itu saling melengkapi sama lain.



Yang Di Pertua kelab Biokimia bagi sesi 2014/2015.
Ini adalah satu tanggungjawab yang sangat berat untuk saya,tetapi saya akan lakukan yang terbaik,cehh,malu kita doe..hehehhe...
kepada adik adik yang masih memohon upu dan mendapat kos Biokimia nanti di UKM  kita jumpa nanti ya! Jumpa abang-abang yang stylo lagi bergaya macam aku ni.hahaha!
Kita slow talk lama-lama ya junior2 sekalian.Korang kena bangga tau nanti jadi pelajar biokimia,sememangnye biokimia ni best..






















     Sorrylah korang,aku tak taulah dah nak cakap ape dah ni,kepala ni dah fikir pasal exam je,yelah lagi berapa hari je lagi befire final ni,takut,scarry merry bagai,haishh...stress! sempat lagi hupdate aku hupdate blog aku ni,walaupun dah lame aku tinggalkan.














        Hidup dekat universiti ni best tau,ceria saje tiap masa,ala ala macam dekat tv tu,main jatuh jatuh buku bagai,seriously benda yang paling aku tak boleh terima bila teringat aksi-aksi macam tu,menyakitkan hati.Tetapi sebagai seorang pelajar kita kena biasakan diri kitalah,dah nama pelajar,memang kerjanya belajar jelah kan sampai tension..hahhaaha!!

Sampai sini je aku mampu untuk tulis mungkin,dah tak mampu dah ni,kepala dah freeze habis..hehhe..
Ape ape klau nak tanya pasal biokimia ni boleh je tanya,fblah eh..jangan segan segan yer..
good night!! ngantuk siot!!!

Saturday, May 24, 2014

BUKAN TEMPAT AKU


       Kisah aku sudah bermula semenjak aku masuk ke sini,UKM.Aku mungkin sudah menyusahkan ramai pihak semenjak aku masuk ke sini.Tiada ucapan selain terima kasih kepada yang menolong aku.
Daripada Statistik kepada Biokimia,pusingan 180 darjah yang aku buat dan aku yakin pada saat itu ia tidak memberi sebarang penyesalan kepada diri aku untuk meneruskan pendidikan menjadi insan yang berguna.
Satu permulaan yang sangat baik ketika itu,tiada yang cacat cela daripada itu.Aku memulakan langkah yang sangat baik ketika itu,sehingga  pada pertengahannya aku tersunggkur jatuh  dan sangat perit untuk aku bangun semula kembali kepada yang asal.

         Mungkin orang lain tidak mampu melihat disebalik diri aku ini,disebalik senyuman yang memberi kegembiraan kepada rakan-rakan,disebalik gurauan yang memberi gelak tawa rakan-rakan,aku tidak mampu untuk menunjukkan perasaan itu kepada rakan-rakan aku sendiri,aku tak sanggup untuk itu.Biar aku nampak fake didepan mereka.Maafkan aku untuk itu kawan.Aku tidak boleh untuk menunjukkan semua rase kesdihan,kekecewaan yang aku hadapi,aku tidak mahu nampak kelemahan aku itu pada orang lain walaupun pernah hampir-hampir untuk aku menitiskan air mata didepan kalian,bila didepan kalian aku berasa sangat gembira,hilang sebentar rasa kecewa,kesedihan dan semua.

           Banyak sebab yang membuatkan aku kecewa,sedih dan tak perlulah aku ungkapkan satu persatu,ada juga sampai satu tahap aku membenci pada kos aku sendiri dan  pada orang-orangnya juga yang aku benci,ada juga orang yang aku sayang membuatkan aku sakit,tetapi tiada sorang pun yang tahu,saat kebencian itu membuatkan aku terdetik menukar lagi satu pusingan darjah kepada 360 darjah untuk menukar kursus.

         Sehingga sekarang aku tidak mampu untuk menghadapi semua ini dengan baik,masalah yang timbul membuatkan aku membenci kepada mereka.Rendah diri,tidak bersemangat itu semua memang benar benar terjadi dalm diri aku.Menangis sepuas-puasnya,dan merenung apa yang terjadi aku lakukan didalam bilik sendiri,tiada siapa yang ketahui melainkan Dia.Menangis perkara biasa,termenung di depan ktm selama berjam-jam tak tau untuk tujuan apa,berjalan berseorangan,itu sebenar aku.

          Aku sedar siapa diri aku,aku sedar dari mana asal aku,aku banyak menyusahkan.Maafkan aku,aku akan menjadi siapa aku yang dulu yang penuh dengan misteri.Aku takkan jadi siapa yang aku sekarang.
Biar aku bersendirian unutk apa yang aku dapatkan.

     Maafkan aku kawan jika aku pernah melukakan hati kalian semua,pernah mengguriskan hati kalian semua,menyusahkan kalian semua,sampai sekarang hati aku yang sakit tidak pernha terubat untuk segala kesakitan yang aku rasa.



maafkan aku kawan :(

Thursday, April 3, 2014

BILA BUDAK BIOCHEM PERGI PORT DICKSON!


           
                       Pada malam yang penuh dengan penghafalan-penghafalan nota-nota ringkas yang memberi banyak pengantukan pada diri ini,hanya untuk bercerita apa budak-budak biochem ni buat bila diorang pergi bercuti katanya..Korang mesti hairan apa pasal aku panggil diorang ni budak-budak sebab aku dduk tengok perangai diorang masing-masing ni dah macam bukan mahasiswa mahasiswi UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA,perangai masing-masing dah mengalahkan budak darjah satu baru hari pertama masuk kelas..HAKHAKHAKHAK!..

                   Even dah nak habis tahun satu untuk degree di UKM,diorang tetap enjoy walaupun dah nak dapat junior baru..Haishhh! jauh berfikir aku ni kan,lambat lagi kot....Apa pasal aku cakap diorang ni macam budak darjah satu sebab diorang ni ingat dunia ni diorang yang punya kot..Mana taknyer,diorang menjerit tak hengat dunia biler bermandi manda,orang sekeliling pun dah fikir lain macam dah dekat kteorang ni,dan diorang ni bawak kereta masing-masing tak hengat dunia,diorang ingat jalan raya tu diorang punya kot, atau diorang memang  amek lesen dekat litar sepang.Siap main lumba-lumba di siang hari,nasib baik kereta tak terbang yelah bawak 130-140 km/j... Berdebar aku tengok diorang semua ni,dah kecut perut giler kot,HAHAHAHAH! Tapi alhamdulilah sampai juga destinasi yang dituju iaitu PORT DICKSON.. Padahal aku yang bawak kereta tu,hehehe..best kot bawak laju-laju ni..Haishhhh!.


Pantang nampak higway nak melaju je kerjanya,taulah kereta besar tak payah nak laju sangatlah ! :p
Tunggu aku kejar ko sampai aku menang..HAHAHAH!



Ceria je semua bila dah sampai pantai di Port Dickson kelihatan wajah-wajah kegembiraan mahu naik banana boat.Memang kteorang dah lama rancang benda-benda macam ,nak release stress asik duduk dekat UKM jer,boring giler kot study jer..hahaha!
Aku rasa diorang ni terlampau enjoy, perginya setengah hari jer,tapi barang-barang yang dibawak macam nak pergi 10 hari..
p/s:aku tengok muka sensorang macam tak pernah nampak laut kot..sadis!!







        Aku tabik spring jugaklah dengan diorang ni bersemangat nak pergi bermandi manda walaupun sekejap je sampai pinjam rice cooker orang nak bawak bekal punya pasal,buat mee goreng,bawak makanan semua,rajin semuanya,dah tak payah nak membazir beli makanan dekat luar,kenyang masak sendiri jer.
Terima kasih kepada mereka yang sudi memasak masakan yang sedap macam tu..hahhahaha!! sedap giler kot bile time lapar sangat.Kepada Ana syakirah  hanim , hanani , ina, anne, qila ,fatin ,jiji,saufi terima kasih kerana organized dan memberi kerjasama dalam trip  ke PD ni..



Ni gambar diorang tengah bersiap-siap nak naik banana boat,semua muka dah takut walaupun tak nampak muka masing-masing macam mane an,ape ape pun banan boat is the best kot,satu pengalaman yamn menarik .


Satu percutian yang sangat best walaupun separuh hari.Terima kasih semua sebab sudi meluangkan masa bersama walaupun kita rancang perjalan ini secara kebetulan dan terlalu cepat.
Ingat next trip nanti kita pergi pulau pulak !!
Hari yang memenatkan tetapi seribu kegembiraan yang dapat terukir di hati yang juga mampu membuat aku tersenyum disamping mengeratkan silaturahim.
Percutian kami begitu berharga untuk dicipta bersama bagaikan emas yang tidak ternilai yang tidak dapat dijumpai dimana-mana tempat.Simpanlah kenangan itu semua menjadi kenangan yang terindah dalam khidupan biokimia.
Ayat memang suka puitis macam ni kan,takper asalkan sedap kot!
Haishhh,mengantuk pulak mata ini,menghadap laptop unutk menghupdate blog kerana terpakasa,atas desakan diorang ni..Tapi takper korang punye pasal aku update jugak pasal korang .
selamat malam semua! :)



Tuesday, February 4, 2014

TEMASYA GEMILANG KOLEJ KERIS MAS 2014!!


    Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..!!
   
      Setelah aku mendapat tawaran kemasukan  ke UKM iaitu salah satu universiti terkemuka di Malaysia untuk meneruskan pengajian sebagai mahasiswa yang gemilang dan terbilang.
Mai sini!!  semua akak-akak, abang-abang ,adik adik, makcik-makcik,pakcik-pakcik dan semua yang tidak disebut,Haishhh!! penat betul nak menyebutnye.....Alahai padahal menaip jer kan....HAHAHHAH!!

   Nak promote banyak-banyak ni,kolej kami,kolej akulah tu kan, KOLEJ KERIS MAS,kami akan mengadakan temasya gemilang yang meletop-letop!!






                                          Ini merupakan lambang bagi TG2KM tahun lepas.

Ok,aku taknak lengah-lengahkan masa lagi just nak bagi tahu,temsaya gemilang kolej keris mas ini dicadangkan untuk diadakan pada:
                                         Tarikh    : 24 Mac - 30 Mac 2014 
                                         Hari        : Isnin- Ahad    
                                         Masa      : 8.00pagi -11.00 malam 

  Semua di jemput hadir untuk memeriahkan program ini,program ni ala ala macam jomheboh lah,cuma lebih lama program ini berlangsung,banyak aktiviti yang akan dijalankan korang.Macam TG2KM yang lepas,artis0artis juga dijemput untuk membuat persembahan dan memeriahkan program dan banyak mendapat sambutan daripada pihak luar.

 Jadi,masih sempat lagi kami mahu mencari sumbangan atau sponsor dari pihak luar,program ini mungkin akan menggegarkan satu ukm,insyaAllah,oleh itu,kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan  amat digalakkan.Atau sesiapa yang mahu membuka gerai pada program ini,boleh saja..
Boleh direct menghubungi saya,atau cari saja di facebook TG2KM  "Temasya Gemilang".

kerjasama anda amat dihargai..

            “REVOLUSI BELIA : MEMACU MALAYSIA DI PERSADA DUNIA”

Thursday, January 16, 2014

KAKAK AKU DAH KAHWINLAH!





Asslamualaikum dan salam sejahtera semua harap korang semua sihat-sihat belaka ok!
Hahah1! memang aku yang nak kahwin sebenarnya tu yang yang awal-awal keluar gambar aku kan.
See,sweet tak muka aku,manis je kan,sungguh indah berseri-seri muka,ceehhhh!!marah pulak kang
pengantin disebabkan kerana aku tak menghupdate majlis perkahwinan mereka,asik cerita pasal aku je kan.

Alhamdulilah,selamat dan selesai sudah majlis perkahwinan ASILAH&FARID yang berlangsung pada 29.12.2013 bersamaan dengan hari ahad,haishhh,memanglah hari ahad orang kahwin takkanlah hari biase kot,memanglah aku ni tak ambek port langsung.Kepada sesiapa yang tidak dijemput itu bukan kerana sengaja taknak dijemput mungkin kerana terlupa untuk memberitahu akan majlis ini berlangsung.Jadi sesiapa yang terasa hati kerana tidak dijemput ke majlis perkahwinan kakak aku ni,so sila lah datang kerumah ,aku akan masak untuk korang special punyakkkk!!! hahahha!
Woiii! aku panda masak lah siakkkk,juara master kitchen 2013 kot!!! korang jangan nak cabar aku masak,kang kalah korang padan muka.
HAHAHAHHAHAHA!


Haishhhh,bertambahlah seorang ahli keluarga pakcik Abas yang baru,ni abang ipar aku time angkat nikah.
Senanglah lepas ni aku nak pergi ke sabah,sebab abang ipar aku ni asal sabah bah!
Tunggu sabah aku datang kau jang nak lari!! HAHHAHAHA!




sweett ke idokkkk ni??





























Semua tu adalah gambar time nikah,malam berinai satu dengan majlis persandingan,sweettttt sangatkan diorang,patutlah semut suka dekat diorang ni..HAHAHHAHAHA!
APE??? ko tanye aku bila nak kahwinn,weyyyhhh aku tak cukup umur lagi lah nak kahwin,relaxlah dulu jangan gelojoh,pasti jodoh akan datang.hahahaha!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...