masa kini

Followers

Tuesday, July 5, 2011

KISAH HATI SUKAR DIKATA

Minggu-minggu yang berakhir sebelum ini membuatkan aku sedih,mnyingkap kenangan yang mampu berubah ke kancah kesedihan...

        Dalam kearusan moden perasaan sedih tidak boleh lari sejak azali,ia memang tetap dalam hati,memang terkisah disitu dan tidak boleh diluahkan dengan kata-kata.
perpisahan memang tak dapat dijangka,semalam kita gembira,hari ini kita boleh bersedih kerana kehilangan seseorang, semasa perpisahan mula meleraikan labuh,hati terus meronta-ronta menyuruh mulut berkata sesuatu supaya perpisahan tidak berlaku dengan mendadak..

            Mulut mengeluarkan kata-kata ikhlas dari hati yang dalam supaya perpisahan tidak berlaku..
Berharap dunia dapat cerah yang indah,alam nan terbentang menjadi lebih nyaman,lebih menyeronokkan..
Terkisah hati mahukan penyatuan bukan perpisahan,hati semakin lama semakin berkata-kata dengan laju,memberi luahan yang salju seperti berada di kutub utara mahupun berapi seperti berada di gunung berapi yg sedang meledak hendak mengluarkan lava..
Mungkin perpisahan akan menjadi seseorang lebih matang menghadapi cabaran pada masa hadapan.
mungkin saat itu di dunia ini hanya kayu sugul,matahari gelap,tumbuhan rosak,menemani dibalik keliling kita..

         Perasaan sugul menyelubungi jiwa yang gundah seperti guruh yang kuat berdentum  kelihatan hari semakin suram yang gelam tanpa sepunca cahaya yang mampu menyinari kehidupan.
Disaatkita bersama,hanya kegembiraan yg mampu mewarnai jiwa,hati tak terkata gembira,berbunga-bunga,berwarna warni tak mampu berkata...
Disaat itu,saat yang paling gembira,sejarah itu jika boleh dapat dikembalikan memang tidak mahu dikembalikan..
Biarlah perpisahan itu terjadi secara semulajadi,seperti dunia ini berubah siang kepada malam dengan sendiri,biarlah masa yang berubah semua itu.

Biarlah perpisahan itu terjadi dengan kerelaan hati yg memberi seribu kebaikan.
kisah hati biarlah ianya terpendam dalam hati,memang ia sukar dikata ..
memang jejak itu akan dilalui oleh semua orang yang berada didunia yang sementara ini.

Biarlah Tuhan yang tahu kejadian alam dan isinya yang menympan seribu misteri yang tidak dapat dijangkakan oleh otak manusia.
Akhir sekali,kita tidak boleh berputus asa untuk terus melayari dunia yang kadang kala suram mahupun ceria,kerana disitu memberi kematangan pada diri sendiri.


Disaat kegembiraan datang,ia akan tetap dikenang tanpa disedari air mata mengalir cuba mengingati kembali segala yang berlaku..

                                                 the end

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...