masa kini

Followers

Monday, September 19, 2011

KAMI ANAK ' MALAYSIA '


Kak Tipah,Abg Man,Mak long,Pak Uteh!!
Mai sini jom kite cerita tentang negara kita!Negara kita dah merdeka dah lebih 50 tahun setelah dijajah dari negara luar yang mahu menguasai aset negara kita.
TABIK!!  KITA MERDEKA PADA 31 OGOS 1957 & TERBENTUKNYA MALAYSIA PADA 16 SEPTEMBER 1963.
kami Bangga menjadi anak malaysia 1 Malaysia!!
Kami sebagai anak jati malaysia rasa bersyukur dapat hidup dengan aman dan damai di negara sendiri tanpa merempat dinegara sendiri,rasa sangat bertuah.. :)

1 Malaysia kita dapat hidup berharmoni dan bersatu padu dengan 1 harapan dan 1 tujuan bagaikan tagline 'pemuda harapan bangsa,pemudi tiang agama'
Rasa gembira hidup di Malaysia berkerjasama walaupun berlainan bangsa dan agama.
Tak kira kita berada dimana sahaja,di luar negara tetapi jangan dilupakan tentang tanah air kita "hujan emas dinegara orang hujan batu dinegara sendiri'.


Negara kita tanggungjawab kita,kitalah yang membentuk negara kita,menjadi lebih baik atau kurang bai semuanya terletak pada tangan anak-anak muda sekarang yang mampu mengubah segalanya.
Jadi anak-anak muda merupakan aset terpenting yang perlu dijaga,kita mahu melihat negara kita dijajah dan kita sendiri dibuat bagaikan 'melukut ditepi gantang' dan dibuat tidak penting.Jadi perlu kita berlajar dengan baik supaya negara kita dapat dibela.

korang  nak ke tengok pejuang tanah air kita menangis kalau mereka hidup melihat kita mentadbir negara dengan tiada strategik.Mesti nak tengok mereka gembira.
Jangan cuba korang lalai kerana jika korang lalai sementara padahnya mungkin akan mengambil jangka masa yang lama. Ingat!!!

Lagi satu,jika korang dah belajar dekat luar negara habis graduate dekat negara luar ,dah sedap-sedap kat sana jangan lupa pulak negara malysia,dah tak reti nak balik,yelah mungkin best duduk dekat negara orang tetapi korang kenalah ingat dimana tempat first korang ,menunutut ilmu,bermula dengan mengenal huruf..
'jangan lupa daratan' ya..
 This aku ade sedikit bingkisan video, penyampaian cerita bukan secara terus tetapi ada disebalik hati nurani.. :)


    Jangan lupa ya pesan kepada mereka yang perlu dipesankan jangan sudah terhantuk baru tengadah.

                           "YOU CAN TAKE THE BOY OUT OF THE 'KAMPUNG'                                               BUT YOU CANT TAKE THE 'KAMPUNG' OUT OF THE BOY"


  WALAU BUMI MANA
                       DIPIJAK.......

                       KAMI TETAP
                                      `ANAK MALAYSIA`...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...