masa kini

Followers

Wednesday, December 14, 2011

TUTUP HIDUNG ANDA!! * bau petai


          First of all,thanks sebab melihat MODELLING dia atas ya!! terima kasih  *jangan terkejut aku boleh jadi model nanti ya!..itu memang cita-cita aku jugak nak jd model bg the meletop magazine such as vogue dan tersergam berjalan menjadi model runway juga berada di pentas-pentas besar such as OSCAR festival..
FUYOHH!! ..memang kena tu semua dengan aku.. :)
pasti apa yang tak  kena dengan post kali ni sampai menutup-nutup mulut ni ape cerrr bro..
just cuma nak kongsi yang aku ni suka makan petai,kalau dimasak dengan sambal, lagi-lagi sambal udang dengan petai PERGGGHH!! MARRVELOUS giler dokhh!!
        Aper!! korang tak suka makan petai! rugi giler korang petai tu sedaplah,nak citer skitlah,bila aku masukkan petai dalam mulut bersama dengan sambal tak terkata sebab petai bagi aku rase bila dikunyah rase berlemak ditambah lagi dengan warna hijau muda menambahkan selera aku.. *meleleh air liur!!
Aku tau sebab ape korang tak suka makan petai sebab petai tu boleh buat mulut korang busukkan,juga buatkan air kencing korang menjadi tambah busukkan..Alah!! korang susunlah strategi kalau nak makan petai ni,tengok macam aku time cuti baru makan petai,taklah ade orang bau mulut kita ni kanz..Pandai-pandailah sikit nak hidupkanzz.


                              terjojol mata aku melihat ini!!

Khasiat petai banyak giler,tak sia-sia aku makan

KHASIAT PERUBATAN PETAI

Biji Petai

* Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

Daun

* Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar)

* Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.

Khasiat Petai Belalang

Petai belalang kecil buahnya dan boleh di dapati di kawasan kampung. Penulis masih ingat ketika zaman kanak-kanak, penulis dan rakan-rakan gemar makan petai belalang (dimakan secara mentah). Maklumlah, dasar kampungan, kalau tidak buah-buah kayu yang lain, petai belalanglah yang kami baham. Zaman sekarang ni kanak-kanak banyak makan “snek” yang buat di kilang-kilang. Aktiviti pun sangat berbeza, kanak-kanak sekarang main Playstation dan game komputer. Zaman penulis & da-gang dahulu, kami panjat sana, panjat sini, masuk hutan, mandi tali air, tangkap ikan di bendang dan macam-macam. Woops! Maaf, sedikit terkeluar dari topik.

Khusus bagi mereka yang nak merawat masalah buah pinggang, caranya ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkanlah petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. Minumlah ia setelah membiarkan seketika. Sangat mujarab. Bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang tu, bolehlah cuba. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa doktor untuk diperiksa. Insya-Allah ada perubahan.

masyaallah banyak kebaikannye,sape kate takde khasiatnyer.
so,makanlah petai banyak-banyak yer..
Alhamdulilah..

sampai disini sahaj.
kbye..

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...