masa kini

Followers

Tuesday, December 13, 2011

MACAM-MACAM YE KORANG

          Dengan cara macam-macam dioranglah aku tetap akan ingat diorang sampai bila-bila
    sebab dioranglah buat aku gembira tatkala aku sedih atau sepi.
           Perangai diorang yang macam gila-gila membuatkan akau tertawa terbahak-bahak sehingga nak terkeluar semua ORGAN DALAMAN.
Itulah yang dinamakan rakan,bukan rakan fesbuk tapi rakan sekelas yang baik hati.Tanpa diorang luaklah duit poket aku.nyiahahahah.
Siapekan gerangan itu deng! :
Mohamd faizzul bin Ariffin
   maaf ye FAR_EZ kalau aku ade tertiru omwork kau,biaselah tu kanz aku tak siap kerja ..
member pandai yang ade disebelah aku untuk ditanya,memang dh boleh buat kaunter pertanyaan dah,asik tanye die jer..pandai orangnye suka menolong .
Nanti kau dah pergi PLKN xde siape lagi nak hang out dengan aku lagi kanz,harap kau bersabar dengan dugaan yang akan kau tempuh nanti ya,sebab itu yang akan membuatkan kau lebih matang.

Nazirul azlan bin Nasarudin
membuat duit aku tak luak,boleh dikatakan mcam tulah,baik hati orangnya walaupuan cakap benda yg mengarut sampai aku ketawa terbahak-bahak.
Tapi sekarang kau dah xde lagi kat JB ni lagi dah balik KL,entah tak tau bila jumpa kau lagikanzz

Aizat bin Azhari
Tempat untuk mendengar cerita-cerita panas,ceritanya boleh satu dunia nak tau,memang macam real jer ceritanya.Tak sabar aku nak mendengar cerita yang seterusnya,ni pon baik jugak. Bagus jugak wat menantu.
Kau lepas ni dah sibukkan dengan kerja yang mesti tak tentu hala kan..hahhaha,dah susah nak jumpe aku lagi nanti.

3 orang BFF yang membuatkan aku hiba apabila last sekolah dan terpakse berpisah dengan diorang membawa hala tuju masing-masing,entah bila lagi dapat bejumpa.
takut2 diorang dah lupakan aku disini.
mungkin kita takkan berjumpa lepas ni,maafkan aku kalau aku ada buat salah atau terkasar bahasaya ye.



                                   Gambar mak jemah bersama bang jemah diatas,!!

              JANGAN LUPA AKU KALAU DAH BERJAYA!!!!!!!!!!!!!

Monday, December 5, 2011

ABANG YANG JAHAT

           Tak tau pulak aku memang abg yg jahat sebab ini terbukti apabila hal ini aku bertanya sendiri kepada adk aku.cam ni aku tanya:
aqim: ajan sayang abg x?
mahzan:sayang
aqim:kenapa ajan sayang abg?
mahzan:sebab abg jahat.

      Terkedu buat seketika macam tak percaya sebab kenapa dia syg aku.
MEMANG terbuktilah aku abang yang JAHAT sebab nak mendidik adik-adik menjadi seorang yang berdisiplin.Aku ada 9orang adik beradik dan aku anak yang keempat dan mempunyai 5 orang adik yang mempunyai pelbagai perangai.Sebagai seorang abang memang nak yang tebaik untuk adik-adiknya macam akulah,kekadang tu marah adik-adik secara terlampau dengan cara  membelasah diorang sampai menangis,kekadang terkeluar jugak bahasa-bahasa kesat seperti ***** nak buat macam manekan dah perangai diorang menyakitkan hati abangnya yang asalnya baik sangat..HAHAHAH..
     
      Aku sayang adik-adik aku..Sebab dioranglah aku kuat untuk menghadapi segala dugaan dan ujian hidup dekat dunia ni.Tanpa diorang tak taulah jadi ape kat aku ni.Semestinya adik aku kecik-kecik lagi dan itu membuatkan aku lebih manja dengan diorang.Nanti kalau aku dah belajar jauh-jauh dah tak dapat nak manja dengan diorang lagi.HUURMM..
Tapi tak pe masih ade waktu untuk bersama diorang lagi jangan risau ye adik!
Sayang korang habis-habisan!!
                         
                                   gambar ini untuk hiasan sahaja bagi mencantikkan  entry ini :p



Dari kanan:mahathir,mahzan,mizan muhaimin,atikah
belakang dari kanan:saya,kakak,kakak,musa
duduk dihadapan:kakak.


                    APe-ape pun abang sayang korang sehabis gila.
      terombak rindulah abang korang ni bila tak dapat bersama untuk menyakat  korang nanti..

                           THE END

Saturday, October 29, 2011

TAKUT !! SPM DAH NAK DEKAT.

           Gelabah siot!! exam utk SPM dah nak dekat..
tolong2 mcm mane ni bru prepared stengah je,lagi stengah bile nak prepared!
start exam 14.11.2011 lagi berapa hari jer ni..huhuhu..
SPM ni mcm satu medan peperangan untuk semua plajar tngkatan 5 seluruh malaysia,
dah hampir fasa terakhir untuk persiapan SPM.

        Tapi macam mana nak hilangkan gelabah,gementar when bdepan dgn ppeprangn mcm ni?
WOO!! SPM bkn sbarang periksa,periksa untuk masa depan,dialh yang dapat menentukan hala tuju untuk korang menjadi sebagai ape PAKAR FORENSIK,DOKTOR,MAJISTRET,AKAUTAN,KERJA BIASA..semua terletak kepda satu sijil yang dinamakan SPM.
Korang ade tips x supaya x gelabah untuk menjawab kertas peperiksaan dan dapat jawab dengan tenang..
nervous siot!! atau tips soalan ape yg akan masuk dalam spm :p

       Aku nak kejar cita-cita aku menjadi seorang PAKAR FORENSIK,biarlah kerja tu mencabar tapi aku rasa kerja tu paling best bagi aku...Tapi kalau tak dapat kerja tu aku nak jadi seorang petani yang berjaya yelah bertepatan dengan course yang aku ambil masa spm ni iaitu SAINS PERTANIAN.
 Ramai brather2 sister2 yang aku tengok dah berjaya dengan cemerlangnya,diorang menjadi pendorong pada aku untuk berjayaseklai mengikuti jejak diorang..Yang paling aku tak percaya senior aku taun lepas merangkap mentor  aku, dia boleh dapat 9A dalm SPM mcm tak percaya dokhh!Aku tabik springlah dengan dia..Aku pun nak jadi macam dia jugak berjaya..

Dengan target 9A,INSYAALLAH aku akan genggam keputusan yang cemerlang itu dengan yakin.Tapi korang tolong doakan kejayaan aku ya!
Banyak lagi kena baca buku dan buat latihan yang banyak sepoloh subjek
BM,BI,AG,SEJ,MATH,ADD MATH,BIO,FZ,KM,SP total semua sepuluh subjek,
adakah sejarah akan tercipta dengan keputusan yang cemerlang kita tunggu nanti semasa keputusan SPM diumumkan..
 KOrang tolong bagi tips kat aku yer,macam mane nakhilangkan stres lepas belajar macam nak giler ni..
Sampai sini saja nak baca buku pulak ni..ok

          BELAJAR PANDAI-PANDAI bukan BELAJAR GILA-GILA..

Friday, September 23, 2011

WANITA BERTUDUNG



 Assalammualaikum dan salam sejahtera
Marcapada ini,trend pemakaian tudung bagi wanita bukan untuk lelaki ye :p semakin meluas dengan pelbagai bentuk dan corak yang menarik.*walaupun aku bukan perempuan aku hanya menjadi pemerhati sahaja kepada kakak-kakak aku serta orang sekeliling..
Bak kata pepatah melayu 'bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan'.
Tetapi satu yang aku kurang pasti cara pemakain tudung yang dipinkan ke belakang adakan ianya sama seperti biarawati kristian?? persoalan ini timbul setelah aku melihat ada sedikit persamaan..
gambar macam ni :



p/s:  ini hanya diambil dari sumber internet dan tiada kaitan dengan apa-apa.

Tapi setiap kenusykilan pasti ade penyelesainnya..jadi kita perlu tanya yang kepada mereka yang mengetahui seperti bertanya kepada guru untuk mendapatkan kepastian yang benar.macam ni:

Soalan; Salam ust, Saya ada satu kemusykilan berkaitan dakwaan tentang cara pemakaian tudung yang diikat@dipin di belakang leher seperti trend sekarang adalah mengikut cara pemakaian biarawati kristian.Adakah dakwaan itu benar walaupun si pemakai (wanita islam) tidak pernah mempunyai niat sedemikian, hanya pakai tudung dengan meng'pin'kan di bahagian leher bagi menampakkan kekemasan.Harap ust dapat memberikan penjelasan.

Jawapan;

Cara pemakaian tudung yang dituntut oleh Syariat ialah dengan menutupi seluruh kepala (rambut), bahagian leher dan labuh hingga ke dada. Ini sebagaimana arahan Allah;

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
“Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur: 31)

Mengenai fesyen, tidaklah disyaratkan fesyen tertentu asalkan ia memenuhi kehendak ayat di atas. Warna juga tidak dihadkan kepada warna tertentu, akan tetapi hendaklah dipastikan tudung yang dipakai tidak jarang dan tidak mempunyai corak yang terlalu menarik perhatian lelaki atau corak-corak lain yang tidak sesuai dengan idenditi wanita Islam. Warna yang disukai Rasulullah ialah warna putih sebagaimana sabdanya; “Pakailah pakaian berwarna putih kerana sesungguhnya ia lebih suci dan lebih baik dan kafankanlah dengannya jenazah-jenazah kamu” (HR Imam at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah dan Musnad Imam Ahmad dari Samurah bin Jundab r.a.).

Mengenai penyerupaan/peniruan kepada orang kafir, Nabi -sallallahu 'alaihi wasallam- bersabda; "Sesiapa menyerupai satu kaum, ia dari kaum tersebut" (HR Imam Abu Daud dari Ibnu Umar). Menurut Imam Ibnu Kathir; hadis ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk kita (umat Islam). (Lihat; Tafsir al-Quran al-Adziem, surah al-Baqarah, ayat 104).

Namun para ulamak menjelaskan; maksud peniruan/penyerupaan kepada orang kafir atau orang fasik yang dilarang ialah yang khusus bagi sesuatu kaum kafir atau fasiq iaitu yang menggambarkan indentiti mereka, seperti; salib (yang melambangkan agama kristian), sabit dan penukul (lambang komunis), lambang nazi, pakaian-pakaian orang fasiq (seperti gaya berpakaian artis-artis Barat), gaya-gaya rambut orang fasik dan sebagainya. Adapun pakaian yang dipakai oleh orang ramai tanpa mengira agama dan bangsa seperti seluar, baju kemeja, kot dan sebagainya atau berlaku kesamaan/keserupaan secara kebetulan seperti jubah litup yang dipakai oleh imam-imam, ulamak-ulamak dan dipakai juga oleh paderi-paderi Kristian dan Yahudi, kopiah yang dipakai oleh orang-orang Islam dan turut dipakai oleh sebahagian penganut bukan Islam (seperti orang Yahudi), tudung kepala (yang turut dipakai juga oleh paderi-paderi wanita kristian) dan sebagainya, penyerupaan/kesamaan secara umum atau kebetulan ini tidaklah termasuk dalam larangan hadis kerana ia bukan bersifat khusus bagi sesuatu kaum kafir atau melambangkan identiti agama mereka.

Adakalanya suatu pakaian menjadi identiti agama di satu tempat, tetapi di tempat lain ia adalah pakaian biasa yang tidak melambangkan agama. Maka ditempat lain itu, tidaklah dianggap menyerupai penganut agama lain jika ia dipakai oleh orang Islam. Imam Malik pernah ditanya hukum memakai sejenis pakaian bernama al-Burnus.[1] Ia menjawab; "Harus". Dikatakan kepadanya; "Tetapi ia adalah pakaian rahib-rahib Nasara (ahli-ahli ibadat Kristian)". Imam Malik menjawab; "Ia di sini (di Madinah) dipakai oleh orang ramai". Begitu juga, suatu pakaian mungkin pernah menjadi identiti agama di satu masa, namun setelah zaman berubah, ia tidak lagi menjadi identiti agama. Imam Ibnu Hajar ketika mengulas tentang sejenis pakaian yang bernama al-Mayasir al-Arjuwan yang dilarang oleh Nabi di zamannya, beliau (yakni Ibnu Hajar) berkata; Pakaian tersebut jika sebab larangannya adalah untuk mengelak dari mengerupai orang-orang asing (orang-orang bukan Islam) maka larangan tersebut adalah kerana maslahah agama. Namun oleh kerana pakaian itu hanya menjadi syiar agama pada ketika itu sahaja iaitu pada zaman mereka masih kafir, kemudian hari ini ia tidak lagi menjadi syiar agama, maka larangan tersebut telah hilang. (Lihat; Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar, kitab al-libas, bab Labs al-Harir wa ad-Dibaaj....). Apa yang disebut oleh ulamak itu mungkin boleh kita samakan dengan masalah pemakaian cepiau (topi).[2] Pada zaman dulu, pemakaiannya difatwakan haram oleh ulamak-ulamak kerana ia adalah topi penjajah. Apabila seorang muslim memakainya pada ketika ia seolah-olah dari kalangan penjajah atau yang pro penjajah. Namun hari ini, faktor yang menyebabkab larangan itu telah tidak ada lagi, maka tidak ada ulamak yang memfatwanya sebagai haram dipakai oleh orang Islam hari ini.

Untuk memudahkan kita membezakan bentuk penyerupaan yang harus dan yang tidak harus, di bawah ini dikemukan beberapa dhabit yang diberikan ulamak;
1. Berkata Imam al-Qurthubi; "Jika suatu pakaian telah menjadi identiti khusus bagi golongan fasik atau golongan yang suka berpoya-poya, dilarang orang lain memakainya" (Faidhul-Qadier, 6/104).
2. "Semua jenis pakaian yang boleh menimbulkan tanggapan kepada orang yang melihat bahawa si pemakainya adakah kafir atau dari kelompok fasik, maka ia adalah penyerupaan yang dilarang agama" (Syeikh Abdul-Wahhab Tawilah).
3. "Yang dikehendaki dengan menyerupai orang-orang kafir yang dilarang itu ialah menyerupai mereka dalam perkara yang menjadi identiti khusus mereka dalam adat-adat (kebiasaan-kebiasaan hidup) dan menyerupai mereka dalam perkara-perkara yang direka mereka dalam agama mereka merangkumi urusan-urusan aqidah dan ibadah-ibadah mereka" (Majlis Fatwa Arab Saudi, 3/307).
4. "Cara untuk menilai penyerupaan (yang dilarang) ialah; orang yang meniru/menyerupai ia melakukan suatu perbuatan yang menjadi identiti khusus orang yang ditiru. Maka maksud menyerupi orang-orang kafir (yang ditegah agama) ialah seorang muslim melakukan sesuati yang menjadi identiti khusus orang-orang kafir. Adapun perkara yang telah tersebar di kalangan orang-orang Islam dan tidak lagi menjadi ciri-ciri khusus orang kafir, ia tidaklah dikira penyerupaan dengan mereka. Maka ia tidaklah diharamkan kerana faktor penyerupaan walaupun mungkin diharamkan kerana faktor yang lain" (Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin).

Merujuk kepada soalan di atas, apakah tudung yang dipin ke belakang itu benar-benar menyerupai biarawati kristian?, persoalan ini perlulah diselidiki lebih lanjut. Namun secara zahirnya, di Malaysia ini wanita-wanita Islam yang memakai tudung sebegitu tidaklah dilihat oleh orang lain sebagai biarawati kristian atau orang yang ingin meniru mereka. Ia mungkin berlaku secara kebetulan. Oleh itu, pada pandangan saya ia tidaklah boleh kita anggap sebagai menyerupai biarawati Krisrian secara dasarnya. Namun dari segi pemakaian tudung, hendaklah dipastikan ia mematuhi ciri-ciri tudung yang ditetapkan Allah tadi.

Wallahu a'lam.


Jadi pemakaian yang elok dipandang oleh sesiapa sahaja adalah seperti ini:
sedap sikit mata memandang,aku nak bakal isteri aku mcam nilah jaga auratnya.
Alhamdulilah :) hehehe..tapi lambat lagilah :p




                      Akhir kata :PROUD TO BE ISLAM..

Monday, September 19, 2011

KAMI ANAK ' MALAYSIA '


Kak Tipah,Abg Man,Mak long,Pak Uteh!!
Mai sini jom kite cerita tentang negara kita!Negara kita dah merdeka dah lebih 50 tahun setelah dijajah dari negara luar yang mahu menguasai aset negara kita.
TABIK!!  KITA MERDEKA PADA 31 OGOS 1957 & TERBENTUKNYA MALAYSIA PADA 16 SEPTEMBER 1963.
kami Bangga menjadi anak malaysia 1 Malaysia!!
Kami sebagai anak jati malaysia rasa bersyukur dapat hidup dengan aman dan damai di negara sendiri tanpa merempat dinegara sendiri,rasa sangat bertuah.. :)

1 Malaysia kita dapat hidup berharmoni dan bersatu padu dengan 1 harapan dan 1 tujuan bagaikan tagline 'pemuda harapan bangsa,pemudi tiang agama'
Rasa gembira hidup di Malaysia berkerjasama walaupun berlainan bangsa dan agama.
Tak kira kita berada dimana sahaja,di luar negara tetapi jangan dilupakan tentang tanah air kita "hujan emas dinegara orang hujan batu dinegara sendiri'.


Negara kita tanggungjawab kita,kitalah yang membentuk negara kita,menjadi lebih baik atau kurang bai semuanya terletak pada tangan anak-anak muda sekarang yang mampu mengubah segalanya.
Jadi anak-anak muda merupakan aset terpenting yang perlu dijaga,kita mahu melihat negara kita dijajah dan kita sendiri dibuat bagaikan 'melukut ditepi gantang' dan dibuat tidak penting.Jadi perlu kita berlajar dengan baik supaya negara kita dapat dibela.

korang  nak ke tengok pejuang tanah air kita menangis kalau mereka hidup melihat kita mentadbir negara dengan tiada strategik.Mesti nak tengok mereka gembira.
Jangan cuba korang lalai kerana jika korang lalai sementara padahnya mungkin akan mengambil jangka masa yang lama. Ingat!!!

Lagi satu,jika korang dah belajar dekat luar negara habis graduate dekat negara luar ,dah sedap-sedap kat sana jangan lupa pulak negara malysia,dah tak reti nak balik,yelah mungkin best duduk dekat negara orang tetapi korang kenalah ingat dimana tempat first korang ,menunutut ilmu,bermula dengan mengenal huruf..
'jangan lupa daratan' ya..
 This aku ade sedikit bingkisan video, penyampaian cerita bukan secara terus tetapi ada disebalik hati nurani.. :)


    Jangan lupa ya pesan kepada mereka yang perlu dipesankan jangan sudah terhantuk baru tengadah.

                           "YOU CAN TAKE THE BOY OUT OF THE 'KAMPUNG'                                               BUT YOU CANT TAKE THE 'KAMPUNG' OUT OF THE BOY"


  WALAU BUMI MANA
                       DIPIJAK.......

                       KAMI TETAP
                                      `ANAK MALAYSIA`...

Thursday, September 1, 2011

BERTUAH NYE JADI ANAK TERUNA MASA HARI RAYA



 Wah!! mesti korang terperanjat ape yg bestnyer jadi anak teruna ni kanzz...Best perh jadi seorang anak lelaki yang belum berkahwin mendirikan rumahtangga dan masih free dalam semua hal,bak kata org darah muda boleh buat apa saja,nnti time dah kahwin x leh enjoy menggaban! kene jaga hati isteri..cewahhahaa~stop dont think lebih2 yer,cukup sampai disitu nanti korang sedialah tanye soalan bertalu2 kat aku,kalau yg baik xperlah jugak ni kang tanye  yang lucah-lucah..'cantik kau jah'!!!
   Yelah time teruna ni lah kita nak enjoy,jolly sana,joli sini..oppsss! im not like that totally ok...
what i mean bertuah menjadi anak teruna semasa hari raya,kita boleh tolong keluarga kita mengemas rumah,memasak,cube tengok bang long*bukan nama sebenar.. kita yang dah kawin tak boleh nak menolong masak,asyik menjaga anak yang menagis terpekik terlolong habis pekak telinga aku,tu lain hal,dah kalau asik melayan isteri jer memanjang,x menolong ..banyak cantik bang long!!
itulah konklusinya,klau yang masih teruna,banyak dapat menolong keluarga time raya,dengan keadaan amat macho dan ikhlas,sebab ramai awek-aweks cunnn akan terpikat sama dia...
semakin banyak melakukan kerja,semakin ramai wanita2 yang akan terpikat dengannye termasuklah makcik2 dah dapat pilihan untuk calon anak perempuanya... :p
      Ok..ok.fokus sebab entry tajuk mcm ni adelah anak teruna dapat berphotoshoot mengalahkan wanita2 cantik di luar sana. :p abislah dunia akan berwarna warni seperti pelangi.....abg long dengn selamba berkata "bullshitt" apabila menatapi gambar yang ditayangkan.. :p







Harap maaf abg long :p kanzz,senang dengan status aku masih teruna buat masa sekarang...hahhaha
free.bebas.
perghh!!lega rasanya fokus utama pembuatan entry ni tercapai dan gambar telah aku upload di blog ini,walaupun masih banyak gambar lagi tetapi aku akan buat entry utnuk lain kali dengan entry berkaitan dengan sambutan hari raya tahun 2011 ...
Dah! korang jangan nak bertengkar pasal gambar aku,taulah ensem.. :p
hahaha,hari baik bulan baik ni aku nak mintak maaf kalau aku ade terkasar bahasa penggunaan ayat atau dengan pelbagai bentuk..nantikan entry hari raya kau yer....
wasalam...
bye..

Monday, August 1, 2011

MENJELANG 1 RAMADHAN 1432

MENJELANG ramadhan kali pertama buat tahun 2011 selepas munculnya anak bulan,tidak sabar2 untuk semua umat islam yg tidak kira berada dimana seperti di india,mesir,palestin dan juga diseluruh dunia  mahupun yg berada dibulan *ade ke org gi bulan sekarang ngehhhh...mereka tidak sabar-sabar untuk menunaikan ibadah puasa tersebut.
            Bermulalah satu penahan dari semua aspek,menahan lapar dahaga,menahan nafsu *ni ramai yg kena betul2 bertahan,menahan semua perasaan termasuklah marah sedih dont be emo2 ni.x suke...ok uollzz
sebelum terbit fajar sehinga terbenam matahari dari 1 ramadahan hinga 29 ramadah,...INSYAALAH..

Harap-harap thun ini kita semua mendapat keberkatan yg bnyak drp puasa2 yg lepas dan disamping memperoleh nilai2 murni yg dapat diterapkan dalam diri spnjang tempoh berpuasa ini..ok

       Jangan nakal-nakal,kalau nakal mase puasa bagitau mak awak :P padan muke awak!
*teringat waktu kecil2 dlu kita puasa..kenagan manis sekali..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...