masa kini

Followers

Saturday, May 24, 2014

BUKAN TEMPAT AKU


       Kisah aku sudah bermula semenjak aku masuk ke sini,UKM.Aku mungkin sudah menyusahkan ramai pihak semenjak aku masuk ke sini.Tiada ucapan selain terima kasih kepada yang menolong aku.
Daripada Statistik kepada Biokimia,pusingan 180 darjah yang aku buat dan aku yakin pada saat itu ia tidak memberi sebarang penyesalan kepada diri aku untuk meneruskan pendidikan menjadi insan yang berguna.
Satu permulaan yang sangat baik ketika itu,tiada yang cacat cela daripada itu.Aku memulakan langkah yang sangat baik ketika itu,sehingga  pada pertengahannya aku tersunggkur jatuh  dan sangat perit untuk aku bangun semula kembali kepada yang asal.

         Mungkin orang lain tidak mampu melihat disebalik diri aku ini,disebalik senyuman yang memberi kegembiraan kepada rakan-rakan,disebalik gurauan yang memberi gelak tawa rakan-rakan,aku tidak mampu untuk menunjukkan perasaan itu kepada rakan-rakan aku sendiri,aku tak sanggup untuk itu.Biar aku nampak fake didepan mereka.Maafkan aku untuk itu kawan.Aku tidak boleh untuk menunjukkan semua rase kesdihan,kekecewaan yang aku hadapi,aku tidak mahu nampak kelemahan aku itu pada orang lain walaupun pernah hampir-hampir untuk aku menitiskan air mata didepan kalian,bila didepan kalian aku berasa sangat gembira,hilang sebentar rasa kecewa,kesedihan dan semua.

           Banyak sebab yang membuatkan aku kecewa,sedih dan tak perlulah aku ungkapkan satu persatu,ada juga sampai satu tahap aku membenci pada kos aku sendiri dan  pada orang-orangnya juga yang aku benci,ada juga orang yang aku sayang membuatkan aku sakit,tetapi tiada sorang pun yang tahu,saat kebencian itu membuatkan aku terdetik menukar lagi satu pusingan darjah kepada 360 darjah untuk menukar kursus.

         Sehingga sekarang aku tidak mampu untuk menghadapi semua ini dengan baik,masalah yang timbul membuatkan aku membenci kepada mereka.Rendah diri,tidak bersemangat itu semua memang benar benar terjadi dalm diri aku.Menangis sepuas-puasnya,dan merenung apa yang terjadi aku lakukan didalam bilik sendiri,tiada siapa yang ketahui melainkan Dia.Menangis perkara biasa,termenung di depan ktm selama berjam-jam tak tau untuk tujuan apa,berjalan berseorangan,itu sebenar aku.

          Aku sedar siapa diri aku,aku sedar dari mana asal aku,aku banyak menyusahkan.Maafkan aku,aku akan menjadi siapa aku yang dulu yang penuh dengan misteri.Aku takkan jadi siapa yang aku sekarang.
Biar aku bersendirian unutk apa yang aku dapatkan.

     Maafkan aku kawan jika aku pernah melukakan hati kalian semua,pernah mengguriskan hati kalian semua,menyusahkan kalian semua,sampai sekarang hati aku yang sakit tidak pernha terubat untuk segala kesakitan yang aku rasa.



maafkan aku kawan :(

Thursday, April 3, 2014

BILA BUDAK BIOCHEM PERGI PORT DICKSON!


           
                       Pada malam yang penuh dengan penghafalan-penghafalan nota-nota ringkas yang memberi banyak pengantukan pada diri ini,hanya untuk bercerita apa budak-budak biochem ni buat bila diorang pergi bercuti katanya..Korang mesti hairan apa pasal aku panggil diorang ni budak-budak sebab aku dduk tengok perangai diorang masing-masing ni dah macam bukan mahasiswa mahasiswi UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA,perangai masing-masing dah mengalahkan budak darjah satu baru hari pertama masuk kelas..HAKHAKHAKHAK!..

                   Even dah nak habis tahun satu untuk degree di UKM,diorang tetap enjoy walaupun dah nak dapat junior baru..Haishhh! jauh berfikir aku ni kan,lambat lagi kot....Apa pasal aku cakap diorang ni macam budak darjah satu sebab diorang ni ingat dunia ni diorang yang punya kot..Mana taknyer,diorang menjerit tak hengat dunia biler bermandi manda,orang sekeliling pun dah fikir lain macam dah dekat kteorang ni,dan diorang ni bawak kereta masing-masing tak hengat dunia,diorang ingat jalan raya tu diorang punya kot, atau diorang memang  amek lesen dekat litar sepang.Siap main lumba-lumba di siang hari,nasib baik kereta tak terbang yelah bawak 130-140 km/j... Berdebar aku tengok diorang semua ni,dah kecut perut giler kot,HAHAHAHAH! Tapi alhamdulilah sampai juga destinasi yang dituju iaitu PORT DICKSON.. Padahal aku yang bawak kereta tu,hehehe..best kot bawak laju-laju ni..Haishhhh!.


Pantang nampak higway nak melaju je kerjanya,taulah kereta besar tak payah nak laju sangatlah ! :p
Tunggu aku kejar ko sampai aku menang..HAHAHAH!



Ceria je semua bila dah sampai pantai di Port Dickson kelihatan wajah-wajah kegembiraan mahu naik banana boat.Memang kteorang dah lama rancang benda-benda macam ,nak release stress asik duduk dekat UKM jer,boring giler kot study jer..hahaha!
Aku rasa diorang ni terlampau enjoy, perginya setengah hari jer,tapi barang-barang yang dibawak macam nak pergi 10 hari..
p/s:aku tengok muka sensorang macam tak pernah nampak laut kot..sadis!!







        Aku tabik spring jugaklah dengan diorang ni bersemangat nak pergi bermandi manda walaupun sekejap je sampai pinjam rice cooker orang nak bawak bekal punya pasal,buat mee goreng,bawak makanan semua,rajin semuanya,dah tak payah nak membazir beli makanan dekat luar,kenyang masak sendiri jer.
Terima kasih kepada mereka yang sudi memasak masakan yang sedap macam tu..hahhahaha!! sedap giler kot bile time lapar sangat.Kepada Ana syakirah  hanim , hanani , ina, anne, qila ,fatin ,jiji,saufi terima kasih kerana organized dan memberi kerjasama dalam trip  ke PD ni..



Ni gambar diorang tengah bersiap-siap nak naik banana boat,semua muka dah takut walaupun tak nampak muka masing-masing macam mane an,ape ape pun banan boat is the best kot,satu pengalaman yamn menarik .


Satu percutian yang sangat best walaupun separuh hari.Terima kasih semua sebab sudi meluangkan masa bersama walaupun kita rancang perjalan ini secara kebetulan dan terlalu cepat.
Ingat next trip nanti kita pergi pulau pulak !!
Hari yang memenatkan tetapi seribu kegembiraan yang dapat terukir di hati yang juga mampu membuat aku tersenyum disamping mengeratkan silaturahim.
Percutian kami begitu berharga untuk dicipta bersama bagaikan emas yang tidak ternilai yang tidak dapat dijumpai dimana-mana tempat.Simpanlah kenangan itu semua menjadi kenangan yang terindah dalam khidupan biokimia.
Ayat memang suka puitis macam ni kan,takper asalkan sedap kot!
Haishhh,mengantuk pulak mata ini,menghadap laptop unutk menghupdate blog kerana terpakasa,atas desakan diorang ni..Tapi takper korang punye pasal aku update jugak pasal korang .
selamat malam semua! :)



Tuesday, February 4, 2014

TEMASYA GEMILANG KOLEJ KERIS MAS 2014!!


    Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..!!
   
      Setelah aku mendapat tawaran kemasukan  ke UKM iaitu salah satu universiti terkemuka di Malaysia untuk meneruskan pengajian sebagai mahasiswa yang gemilang dan terbilang.
Mai sini!!  semua akak-akak, abang-abang ,adik adik, makcik-makcik,pakcik-pakcik dan semua yang tidak disebut,Haishhh!! penat betul nak menyebutnye.....Alahai padahal menaip jer kan....HAHAHHAH!!

   Nak promote banyak-banyak ni,kolej kami,kolej akulah tu kan, KOLEJ KERIS MAS,kami akan mengadakan temasya gemilang yang meletop-letop!!






                                          Ini merupakan lambang bagi TG2KM tahun lepas.

Ok,aku taknak lengah-lengahkan masa lagi just nak bagi tahu,temsaya gemilang kolej keris mas ini dicadangkan untuk diadakan pada:
                                         Tarikh    : 24 Mac - 30 Mac 2014 
                                         Hari        : Isnin- Ahad    
                                         Masa      : 8.00pagi -11.00 malam 

  Semua di jemput hadir untuk memeriahkan program ini,program ni ala ala macam jomheboh lah,cuma lebih lama program ini berlangsung,banyak aktiviti yang akan dijalankan korang.Macam TG2KM yang lepas,artis0artis juga dijemput untuk membuat persembahan dan memeriahkan program dan banyak mendapat sambutan daripada pihak luar.

 Jadi,masih sempat lagi kami mahu mencari sumbangan atau sponsor dari pihak luar,program ini mungkin akan menggegarkan satu ukm,insyaAllah,oleh itu,kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan  amat digalakkan.Atau sesiapa yang mahu membuka gerai pada program ini,boleh saja..
Boleh direct menghubungi saya,atau cari saja di facebook TG2KM  "Temasya Gemilang".

kerjasama anda amat dihargai..

            “REVOLUSI BELIA : MEMACU MALAYSIA DI PERSADA DUNIA”

Thursday, January 16, 2014

KAKAK AKU DAH KAHWINLAH!





Asslamualaikum dan salam sejahtera semua harap korang semua sihat-sihat belaka ok!
Hahah1! memang aku yang nak kahwin sebenarnya tu yang yang awal-awal keluar gambar aku kan.
See,sweet tak muka aku,manis je kan,sungguh indah berseri-seri muka,ceehhhh!!marah pulak kang
pengantin disebabkan kerana aku tak menghupdate majlis perkahwinan mereka,asik cerita pasal aku je kan.

Alhamdulilah,selamat dan selesai sudah majlis perkahwinan ASILAH&FARID yang berlangsung pada 29.12.2013 bersamaan dengan hari ahad,haishhh,memanglah hari ahad orang kahwin takkanlah hari biase kot,memanglah aku ni tak ambek port langsung.Kepada sesiapa yang tidak dijemput itu bukan kerana sengaja taknak dijemput mungkin kerana terlupa untuk memberitahu akan majlis ini berlangsung.Jadi sesiapa yang terasa hati kerana tidak dijemput ke majlis perkahwinan kakak aku ni,so sila lah datang kerumah ,aku akan masak untuk korang special punyakkkk!!! hahahha!
Woiii! aku panda masak lah siakkkk,juara master kitchen 2013 kot!!! korang jangan nak cabar aku masak,kang kalah korang padan muka.
HAHAHAHHAHAHA!


Haishhhh,bertambahlah seorang ahli keluarga pakcik Abas yang baru,ni abang ipar aku time angkat nikah.
Senanglah lepas ni aku nak pergi ke sabah,sebab abang ipar aku ni asal sabah bah!
Tunggu sabah aku datang kau jang nak lari!! HAHHAHAHA!




sweett ke idokkkk ni??





























Semua tu adalah gambar time nikah,malam berinai satu dengan majlis persandingan,sweettttt sangatkan diorang,patutlah semut suka dekat diorang ni..HAHAHHAHAHA!
APE??? ko tanye aku bila nak kahwinn,weyyyhhh aku tak cukup umur lagi lah nak kahwin,relaxlah dulu jangan gelojoh,pasti jodoh akan datang.hahahaha!!


Tuesday, December 24, 2013

WUJUDKAH DIA

Bila malam sunyi,bila siang senyap.

 Tidak semudah yang disangkakan kehidupan ini,banyak yang perlu dijalani dan banyak yang perlu ditempuhi untuk mengerti kehidupan yang sebenar,kehidupan seorang manusia yang sebetul betulnya.

Terkadang perasaan kecewa yang hadir didalam diri tidak mampu untuk di tipu dengan tangisan yang penuh kesayuan tanpa sesiapa pun yang dapat mengetahui apa tentang perasaan ini.
Perasan dendam,marah dan kecewa yang ada membuatkan rasa hati mahu menyepi dari semua yang ada di bumi ini ,biar ku ciptakan satu planet berada dihujung carekawala yang sangat jauh daripada manusia yang tidak mempunyai perasaan ,berhati batu  dan angkuh, hanya untuk orang seperti ini,menghabiskan sisa waktu kehidupan dengan kekecewaan,kegelapan dan kesesalan kehidupan yang lepas.




Kekuatan,tenaga dan segala semangat yang perlu diambil untuk kembali kepada asal memang amat menyukarkan.Seolah olah berada disebuah kota tetapi dengan dunia sendiri,termenung mencari jawapan yang tidak pasti,manusia disekitar dihiraukan tanpa  melihat.
Tiada perasaan lain yang dapat dirasakan melainkan rasa kecewa.
Maafkan atas semua kesilapan aku ,sudah semestinya aku hamba Allah yang banayk melakukan kesilapan tidak hebat.
Terima kasih dunia memberikan kehidupan ini dengan banyak sekali pengalaman.

Friday, December 13, 2013

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA SEMUA!

Aku baru nak upadte blog aku setelah lama aku tingglkan dunia blog ini,dah lama aku tak tengok pa yang jadi pada blog aku ni,macam tak percaya aku dah lama tak update blog.
Aku sibuk belajar korang,belajar di ukm ,memang terbaik sibuk giler bapak ni baru sem satu tak taulah macam mana nak hadapi sem sem yang akan datang..
hahaha..
UKM adalah universti penyelidikan.
Aku tak cerita pun dekat korang pun ape penglaman aku masuk universiti nikan..hahaha,sibuk memanjang..hahaha.. xsempatlh.
tapi satu je yang aku boleh katakan hidup di universiti ni,korang kena pandai berdikari pandai menguruskan masa kalau tidak hanyut korang ke lembah yang gelap..hahaa
Aku lagi sikit je nak termasuk ke lembah yang gelap kalau tak study..







 Ini gambar time orientasi dulu,ahhaha,3 bulan lepas punya gambar..
sorry guys,aku kena out dlu lah,bnayk kerja nak buat nak siapkan assigmnet bagai..haha
chow!
ad masa aku update lagi..
bye!!


Saturday, July 6, 2013

RAMADHAN YANG PALING SEDIH

Asalamualaikum semua,untuk entry kali ni aku nak bercerita tentang ramadhan yang paling menyedihkan aku so memang nak dekat dekat nak ramadhan ni kan aku kasi korang sedar sikit.hehehhehe  iaitu pada tahun lepas tahun 2012,ramadhan pada tahun tu aku sambut di asrama di kolej aku.

Aku nak bercerita ni korang baca baik-baik yer,Sepatutnya pada ramadhan pertama semua pelajar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing tapi bagi aku dan kawan aku Aizat kteorang planning taknak balik rumah katenyer nak rasa macam mana sambut ramadhan dekat hostel,lagi pulak masa tu tinggal lagi seminggu nak exam,kteorang fikir tknaklah membazirkan waktu dekat rumah nak baca buku.

Then,mase petang sebelum puasa pertama bermula,semua pelajar balik ke rumah masing-masing ,so kteorang tengok semua balik salam-salam dengan member yang balik suruh diorang belikan kurma dan ade yang siap menganjing kteorang sebab tak balik rumah,ingatkan ramai yang tak balik tetapi sebaliknya masa awal tu tak rasa ape-ape tau,then bile tengok hostel tu dah kosong takde orang kteorang sambil pandang sesama sendiri,termenung sekejap dan aku nampak dalam mata kawan aku yang die nampak sedih,memang die tak tunjukkan  tapi sebenarnya memang.

Jadi tanpa melengahkan masa aku dangan kawan aku naik ke bilik kteorang buat macam biase kemas bilik,baca buku sangat dan buat semua perkara yang berfaedah,keesokan harinya adalah ramadhan pertama kteorang plan macam-macam untuk sahur tapi at last bile bangun waktu subuh hanya sempat makan roti kosong dengan air kosong jer beb! sedih giler time tu! memang rase nak nangis tapi tahan je,sebab  tengah mamai ..huhuuhuhuh.

Pada waktu siang kteorang buat macam biase je,duduk dalam bilik tengok movie dekat laptop,sebab tak boleh nak buat apa-apa,nak main dekat padang nak main dengan siape.syaitan? hahaahha,takde orang time tu memang takde pointlah.Then bile nak dekat dengan maghrib tibe masenye untuk buke puase,kteorang turun lambat dari bilik ke cafe,sebab tak tahan lapar,kuar lambat lambat sikit lah tapi bile sampai je dekat cafe tengok makanan semua dah habis tinggal sisa je,padahal tinggal lagi 10 minit je kot nak buke puase,masa tu memang aku rasa betul-betul nak nangis seriously air mata aku jatuh tapi aku tahan kasi tak jatuh,nasib baik pakcik cafe tu sempat masak kejap untuk kteorang yang tak dapat makanan ni,kteorang kne tunggu dalam 10 minit lepas buke puase untuk makan,memang kena sabar tahap gaban jerlah time tu,kteorang sempat minum air je masa buka puase,kurma takde ape pun takde.Memang terasa macam mana orang yang tak dapat makan kat palestin sane..hurmmmmmmm :(

Sampai puasa ke 3 barulah budak-budak ni balik ke asrama jadi kteorang rase lega sikit,sebab dah takde makanan habis dan macam-macam lagi.

Giler sedih bro!Tak pernah aku menyambut puase sebegitu rupa,memang menyedihkan dan tragis,tapi aku mabil tu sebagai satu pengalaman supaya dapat mematangkan aku untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan memberikan aku satu keinsafan untuk menyambut ramadhan pada tahun-tahun yang akan datang dengan lebih baik dari yang lepas.

Take a note ok!
Jangan cepat mengalah!
walau dimana kita berada ingatlah di mana asal usul kita dan jangan lupa diri.
wasalam :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...