Assalammualaikum dan salam sejahtera
Marcapada ini,trend pemakaian tudung bagi wanita bukan untuk lelaki ye :p semakin meluas dengan pelbagai bentuk dan corak yang menarik.*walaupun aku bukan perempuan aku hanya menjadi pemerhati sahaja kepada kakak-kakak aku serta orang sekeliling..
Bak kata pepatah melayu 'bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan'.
Tetapi satu yang aku kurang pasti cara pemakain tudung yang dipinkan ke belakang adakan ianya sama seperti biarawati kristian?? persoalan ini timbul setelah aku melihat ada sedikit persamaan..
gambar macam ni :
p/s: ini hanya diambil dari sumber internet dan tiada kaitan dengan apa-apa.
Tapi setiap kenusykilan pasti ade penyelesainnya..jadi kita perlu tanya yang kepada mereka yang mengetahui seperti bertanya kepada guru untuk mendapatkan kepastian yang benar.macam ni:
Soalan; Salam ust, Saya ada
satu kemusykilan berkaitan dakwaan tentang cara pemakaian tudung yang
diikat@dipin di belakang leher seperti trend sekarang adalah mengikut
cara pemakaian biarawati kristian.Adakah dakwaan itu benar walaupun si
pemakai (wanita islam) tidak pernah mempunyai niat sedemikian, hanya
pakai tudung dengan meng'pin'kan di bahagian leher bagi menampakkan
kekemasan.Harap ust dapat memberikan penjelasan.
Jawapan;
Cara
pemakaian tudung yang dituntut oleh Syariat ialah dengan menutupi
seluruh kepala (rambut), bahagian leher dan labuh hingga ke dada. Ini
sebagaimana arahan Allah;
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
“Dan
hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung
kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur: 31)
Mengenai
fesyen, tidaklah disyaratkan fesyen tertentu asalkan ia memenuhi
kehendak ayat di atas. Warna juga tidak dihadkan kepada warna tertentu,
akan tetapi hendaklah dipastikan tudung yang dipakai tidak jarang dan
tidak mempunyai corak yang terlalu menarik perhatian lelaki atau
corak-corak lain yang tidak sesuai dengan idenditi wanita Islam. Warna
yang disukai Rasulullah ialah warna putih sebagaimana sabdanya;
“Pakailah pakaian berwarna putih kerana sesungguhnya ia lebih suci dan
lebih baik dan kafankanlah dengannya jenazah-jenazah kamu” (HR Imam
at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah dan Musnad Imam Ahmad dari Samurah bin
Jundab r.a.).
Mengenai penyerupaan/peniruan kepada orang kafir,
Nabi -sallallahu 'alaihi wasallam- bersabda; "Sesiapa menyerupai satu
kaum, ia dari kaum tersebut" (HR Imam Abu Daud dari Ibnu Umar). Menurut
Imam Ibnu Kathir; hadis ini merupakan larangan keras terhadap perbuatan
meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan,
ibadah dan sebagainya yang tidak disyariatkan untuk kita (umat Islam).
(Lihat; Tafsir al-Quran al-Adziem, surah al-Baqarah, ayat 104).
Namun
para ulamak menjelaskan; maksud peniruan/penyerupaan kepada orang kafir
atau orang fasik yang dilarang ialah yang khusus bagi sesuatu kaum
kafir atau fasiq iaitu yang menggambarkan indentiti mereka, seperti;
salib (yang melambangkan agama kristian), sabit dan penukul (lambang
komunis), lambang nazi, pakaian-pakaian orang fasiq (seperti gaya
berpakaian artis-artis Barat), gaya-gaya rambut orang fasik dan
sebagainya. Adapun pakaian yang dipakai oleh orang ramai tanpa mengira
agama dan bangsa seperti seluar, baju kemeja, kot dan sebagainya atau
berlaku kesamaan/keserupaan secara kebetulan seperti jubah litup yang
dipakai oleh imam-imam, ulamak-ulamak dan dipakai juga oleh
paderi-paderi Kristian dan Yahudi, kopiah yang dipakai oleh orang-orang
Islam dan turut dipakai oleh sebahagian penganut bukan Islam (seperti
orang Yahudi), tudung kepala (yang turut dipakai juga oleh
paderi-paderi wanita kristian) dan sebagainya, penyerupaan/kesamaan
secara umum atau kebetulan ini tidaklah termasuk dalam larangan hadis
kerana ia bukan bersifat khusus bagi sesuatu kaum kafir atau
melambangkan identiti agama mereka.
Adakalanya suatu pakaian
menjadi identiti agama di satu tempat, tetapi di tempat lain ia adalah
pakaian biasa yang tidak melambangkan agama. Maka ditempat lain itu,
tidaklah dianggap menyerupai penganut agama lain jika ia dipakai oleh
orang Islam. Imam Malik pernah ditanya hukum memakai sejenis pakaian
bernama al-Burnus.[1] Ia menjawab; "Harus". Dikatakan kepadanya;
"Tetapi ia adalah pakaian rahib-rahib Nasara (ahli-ahli ibadat
Kristian)". Imam Malik menjawab; "Ia di sini (di Madinah) dipakai oleh
orang ramai". Begitu juga, suatu pakaian mungkin pernah menjadi
identiti agama di satu masa, namun setelah zaman berubah, ia tidak lagi
menjadi identiti agama. Imam Ibnu Hajar ketika mengulas tentang sejenis
pakaian yang bernama al-Mayasir al-Arjuwan yang dilarang oleh Nabi di
zamannya, beliau (yakni Ibnu Hajar) berkata; Pakaian tersebut jika
sebab larangannya adalah untuk mengelak dari mengerupai orang-orang
asing (orang-orang bukan Islam) maka larangan tersebut adalah kerana
maslahah agama. Namun oleh kerana pakaian itu hanya menjadi syiar agama
pada ketika itu sahaja iaitu pada zaman mereka masih kafir, kemudian
hari ini ia tidak lagi menjadi syiar agama, maka larangan tersebut
telah hilang. (Lihat; Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar, kitab al-libas, bab
Labs al-Harir wa ad-Dibaaj....). Apa yang disebut oleh ulamak itu
mungkin boleh kita samakan dengan masalah pemakaian cepiau (topi).[2]
Pada zaman dulu, pemakaiannya difatwakan haram oleh ulamak-ulamak
kerana ia adalah topi penjajah. Apabila seorang muslim memakainya pada
ketika ia seolah-olah dari kalangan penjajah atau yang pro penjajah.
Namun hari ini, faktor yang menyebabkab larangan itu telah tidak ada
lagi, maka tidak ada ulamak yang memfatwanya sebagai haram dipakai oleh
orang Islam hari ini.
Untuk memudahkan kita membezakan bentuk
penyerupaan yang harus dan yang tidak harus, di bawah ini dikemukan
beberapa dhabit yang diberikan ulamak;
1. Berkata Imam al-Qurthubi;
"Jika suatu pakaian telah menjadi identiti khusus bagi golongan fasik
atau golongan yang suka berpoya-poya, dilarang orang lain memakainya"
(Faidhul-Qadier, 6/104).
2. "Semua jenis pakaian yang boleh
menimbulkan tanggapan kepada orang yang melihat bahawa si pemakainya
adakah kafir atau dari kelompok fasik, maka ia adalah penyerupaan yang
dilarang agama" (Syeikh Abdul-Wahhab Tawilah).
3. "Yang dikehendaki
dengan menyerupai orang-orang kafir yang dilarang itu ialah menyerupai
mereka dalam perkara yang menjadi identiti khusus mereka dalam
adat-adat (kebiasaan-kebiasaan hidup) dan menyerupai mereka dalam
perkara-perkara yang direka mereka dalam agama mereka merangkumi
urusan-urusan aqidah dan ibadah-ibadah mereka" (Majlis Fatwa Arab
Saudi, 3/307).
4. "Cara untuk menilai penyerupaan (yang dilarang)
ialah; orang yang meniru/menyerupai ia melakukan suatu perbuatan yang
menjadi identiti khusus orang yang ditiru. Maka maksud menyerupi
orang-orang kafir (yang ditegah agama) ialah seorang muslim melakukan
sesuati yang menjadi identiti khusus orang-orang kafir. Adapun perkara
yang telah tersebar di kalangan orang-orang Islam dan tidak lagi
menjadi ciri-ciri khusus orang kafir, ia tidaklah dikira penyerupaan
dengan mereka. Maka ia tidaklah diharamkan kerana faktor penyerupaan
walaupun mungkin diharamkan kerana faktor yang lain" (Syeikh Muhammad
Soleh al-Uthaimin).
Merujuk kepada soalan di atas, apakah
tudung yang dipin ke belakang itu benar-benar menyerupai biarawati
kristian?, persoalan ini perlulah diselidiki lebih lanjut. Namun secara
zahirnya, di Malaysia ini wanita-wanita Islam yang memakai tudung
sebegitu tidaklah dilihat oleh orang lain sebagai biarawati kristian
atau orang yang ingin meniru mereka. Ia mungkin berlaku secara
kebetulan. Oleh itu, pada pandangan saya ia tidaklah boleh kita anggap
sebagai menyerupai biarawati Krisrian secara dasarnya. Namun dari segi
pemakaian tudung, hendaklah dipastikan ia mematuhi ciri-ciri tudung
yang ditetapkan Allah tadi.
Wallahu a'lam.
Jadi pemakaian yang elok dipandang oleh sesiapa sahaja adalah seperti ini:
sedap sikit mata memandang,aku nak bakal isteri aku mcam nilah jaga auratnya.
Alhamdulilah :) hehehe..tapi lambat lagilah :p
Akhir kata :PROUD TO BE ISLAM..